Sejak disiarkan pada awal Januari ini, program Terjah menerima banyak maklumbalas negatif sehingga ada yang menyarankan program itu dihentikan segera. - mStarSuka sangat terjah orang, kali ini anda di terjah! Bagaimana? Mampukah menanggung terjahan?
Semalam, akhbar MStar ada melaporkan aduan dari persatuan Seniman berkenaan program terbitan TV3 iaitu Terjah. Dikatakan ia menerima banyak maklumbalas negatif dan meminta rancangan itu dihentikan.
Aku adalah salah seorang daripada mereka yang kurang bersetuju dengan program ini. Bagi aku, terjahan mereka keterlaluan. Dengan bahasa yang agak kasar dan menumpu kepada isu-isu peribadi yang mengaibkan artis.
