ini gambar lama yer..bulan March tu (sebab lebih kurang jadi aku recycle - pemalas!)
Okay, atas dasar terima kasih aku kepada Ben Ashaari dan usaha beliau memeriahkan dunia blog tidak kira blogger lama dan baru..aku nak cerita sikit tentang Ben (walaupun tak pernah jumpa..hehee minta izin ya bro!)
Aku mula ikuti blog Ben Ashaari selepas melihat namanya di Gengblogger. Aku terus pacakkan link di blog FTN, dan sejak itu hari-hari aku buka blog Ben. Aku masih ingat lagi, ketika itu kaunter visitors di blog beliau baru 95,000. Tak silap aku, itu hanyalah beberapa bulan lepas..(2/3 bulan mungkin). Cuba lihat sekarang, sudah 217,000!!! Rasanya ini semua hasil kreativiti beliau dengan segmen review/terjah blog yang pelbagai. Aku kagum melihat hits, dan real-time visitor counter di blog beliau. Sentiasa ada visitors dan ramai pula! Dan Ben telah membuktikan bahawa blogger baru (kalau tak silap Ben mula awal sedikit dari blog FTN), boleh berjaya dan mendapat wang sampingan daripada blogging. Dan aku pun nak mencuba ke arah itu (siapa tidak kan?)
Jadi marilah memeriahkan dunia blog dengan kreativiti masing-masing. Bukan saling menjatuhkan sesama kita. Setiap blog adalah hak individu itu. Tulislah selagi boleh, asalkan bukan yang lucah, penuh dengan kata-kata kesat, dan yang sewaktu dengannya.
Oh, berbalik kepada title post..Nak tahu tak berapa banyak blog yang Ben sudah terjah setakat pagi semalam?? (warning : list yang sangat panjang!!)

