Wednesday, June 16, 2010

World Cup 2010 : Kita Tengok Kehebatan Spain Malam Ini

Malam ini akan melengkapkan semua perlawanan pembukaan untuk setiap pasukan. Malam ini Kumpulan H akan beraksi. Perlawanan pertama menemukan Honduras dan Chile. Aku masih ingat lagi kehebatan Chile dulu dengan kelibat Marcelo Salas dan Ivan Zamorano. Chile kemudian kurang menyerlah tetapi kali ini kembali lagi ke World Cup dengan menduduki tangga kedua di belakang Brazil dalam pusingan kelayakan. Aku tak berapa tahu tentang Honduras, cuma Honduras tidak pernah mendapat sebarang mata walaupun pernah melangkah ke pusingan akhir World Cup sebelum ini.

Pemain yang perlu diberi perhatian : Humberto Suazo dari Chile.



FTN predict : Chile menewaskan Honduras [2-0]

+ + + + + + +

Pasukan yang dikatakan bakal menyerlah dalam World Cup kali ini, Spain akan turun menentang Switzerland. Spain seperti yang kita tahu dibarisi ramai bintang yang beraksi di EPL dan La Liga seperti Torres, Fernando Alonso, David Villa, dan Fabregas. Berada di ranking ke-2, Spain pasti ingin membuktikan kehebatan mereka.

Switzerland pula akan bergantung kepada pengalaman pemain pertahanan mereka iaitu Senderos, untuk mengemudi barisan pertahanan dalam usaha menyekang serangan Spain. Tapi aku yakin Spain akan membelasah Switzerland. Kalau sebaliknya berlaku, pasti sesuatu tidak kena dengan Spain.


FTN predict : Spain menewaskan Switzerland [3-0]

+ + + + + + +


South Africa akan meneruskan perlawanan kedua menentang Uruguay. Selepas persembahan menarik pada perlawanan pertama, South Africa perlu mencatatkan kemenangan untuk mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya. Tiupan Vuvuzela pasti bergema lebih kuat malam ini. Aku rasa South Africa akan menang dalam perlawanan ini. 


FTN predict : South Africa menewaskan Uruguay [1-0]


+ + + + + + +

Satu round match sudah selesai. Kehangatan semakin terasa. Semua pasti mahukan kemenangan. Jom layan lagu Waka Waka dulu, kasi cool down. Enjoy. 

3 feedbacks:

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

alamak... rata2 semua blog citer pasal world cup...
Ruginya untuk og mcm vic yg langsung tk minat bola.

MiloMasihPanas said...

bola... bola... spain kalah.. hahah

latest entri, ♥♥aku nak kembali kezaman kanak-kanak♥♥

FTN said...

V.I.C >
Hehehe..nak buat camne..semua sudah demam :)

MiloMasihPanas >
Bolaaa bolaa! yeah. Haha Spain kalah!

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails