Thursday, June 17, 2010

World Cup 2010 : Fabregas Naik Angin!


Bila Fabregas marah, keluar loghat nogori dia. Haha. Apa sudah jadi dengan pasukan Spain? Pasukan yang dikatakan memiliki barisan terkuat dalam saingan World Cup 2010. Walaupun Spain menguasai perlawanan sepanjang 90 minit, shot on-target sebanyak 24 berbanding Switzerland 8, namun gagal memecah benteng pertahanan Switzerland. Pemain pilihan perlawanan semalam ialah Gelson Fernandes, pemain Switzerland yang menjaringkan gol kemenangan. 

Walau apa pun, ini baru perlawanan pertama. Spain perlu menang baki dua perlawanan untuk melangkah jauh. Spain mungkin tidak menghadapi masalah menewaskan Honduras, cuma akan menghadapi sedikit tentangan bila berdepan Chile dalam perlawanan terakhir nanti.

Kepada pasukan Spain, kamu telah kecewakan Intan Ladyana!

+ + + + + + +



Apa nak jadi Apek oi? 

Dalam perkembangan lain (selain World Cup), lagi artis kita ditahan akibat penglibatan dengan dadah. Pelawak terkenal yang pernah dilanda kontroversi video, ditahan reman selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja pada hari sabtu lepas. Nampaknya imej para artis tercemar lagi, dengan kes-kes berkaitan dadah. Apa nak jadi?

Di sebalik kisah artis dan dadah, aku agak terkejut bila berita hari ini melaporkan Sultan Brunei telah menceraikan isteri kedua baginda Azrinaz Mazhar dengan talak satu. Tentu sesuatu berlaku sehinggakan pengumuman dilakukan ke seluruh Brunei secara lansung di TV. Semua gelaran Diraja juga ditarik balik. Apa sudah jadi?


SOURCE : gambar dari Utusan

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

2 feedbacks:

Hazzy Ishak said...

kesian azrinaz, dah la kawin senyap2, pastu bercerai pulak siap dengan pengumuman.

FTN said...

Hazzy >
Itulah yang terkejut tu. Sampai buat pengumuman besar-besaran. macam ada yang tak kena. Kenapa sampai begitu sekali?

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails