Sunday, June 6, 2010

Siapa George Galloway & Misi Lebih Besar ke Gaza Syawal Nanti?

George Galloway merupakan seorang ahli politik British dan bekas ahli parlimen dari tahun 1987 hingga 2010. Beliau terkenal dengan sikap anti peperangan. Galloway juga begitu lantang dalam kempen-kempen menyokong Palestin terutamanya dalam krisis pendudukan Israel di Gaza.

Galloway menjadi naib presiden pertubuhan Stop The War Coalition (StWC) yang ditubuhkan pada September 2001. Pertubuhan ini menentang kempen "War on Terrorism" oleh Amerika dan lantang menentang peperangan di Afganistan dan penaklukan Iraq.

+ + + + + + +

Selalu juga menonton video-video ucapan Galloway di Youtube sebelum ini. Tapi yang terbaru oleh Galloway ketika demonstrasi di London benar-benar menaikkan semangat aku. Harap-harap misi terbaru "Break The Siege" ke Gaza yang dirancang selepas bulan Ramadhan nanti bakal menjadi kenyataan. Sila tonton video ini. (thank to Joegrimjoe dan Zara for the video link)

viva viva Palestina!

Sepatutnya ini yang dilakukan oleh seorang wakil rakyat. Berucap mengenai sesuatu yang manfaat. Menyampaikan maklumat yang semua ingin tahu. Bukan berucap mengadakan demonstrasi tak tentu hala, baring di tengah jalan dan sebagainya. Bukan ucapan menghentam individu lain yang tak sudah-sudah. Sedangkan bangsa lain yang bukan Islam boleh menyatukan semua, kenapa di Malaysia tidak boleh? Cukup-cukuplah perbezaan fahaman politik itu. Mengarut itu semua. Islam sedang ditindas, dan semakin jelas dengan kekejaman Israel pada flotilla ke Gaza baru-baru ini.

Tahniah kepada Tun Mahathir dan Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang sebenarnya banyak memainkan peranan dalam misi bantuan kali ini. Aku hairan kenapa tak banyak info mengenai usaha Malaysia dalam Flotilla Gaza. Baca lebih lanjut di laman web PGPO. Hal seperti ini perlu disebarkan. Dan aku sedih ada juga yang mengaitkan isu ini dengan isu politik. Tolonglah, grow up please!

+ + + + + + +

Khabarnya 12 sukarelawan dari Malaysia yang ditahan oleh Zionis tempoh hari sudah selamat tiba di Malaysia. Alhamdulillah - Berita Harian

1 feedbacks:

Hellioz said...

Bertukar!!!!!

gyahahahahha~

nycey...
ade konvoi pgi lagi ke?

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails