Showing posts with label Germany vs Australia. Show all posts
Showing posts with label Germany vs Australia. Show all posts
Tuesday, June 15, 2010
Monday, June 14, 2010
Keputusan Group D : Germany vs Australia (4-0)
4 - 0
Goal : GER | Podolski (8'), Klose (26')
Muller (68'), Cacau (70')
Mantap! memang Mantap! Germany bermula garang dengan meratah Australia 4-0. Aku baru saja dapat tonton highlights (ya aku tak berjaya bangun). Letih sangat lepas shoot wedding Anne Hot FM semalam. Sangat gembira bila tengok keputusan perlawanan. Aku tak mahu cerita pun tentang 2 perlawanan awal. Yang aku tau Slovenia dan Ghana juga menang tipis ke atas lawan masing-masing.
Ternyata Podolski dan Klose menepati harapan semua. Menjaringkan gol awal pada minit ke-8 dan-26. Podolski melakukan rembatan cantik gila dari kiri pintu gol Australia. Klose menambah jaringan hasil tandukan macho habis daripada hantaran Phillip Lahm. Dua gol di separuh masa kedua oleh Muller dan tap-in mudah daripada pemain gantian Cacau. Pendek kata semua gol macho habis, tapi RTM tak tunjuk ulangan perlawanan. Aduh, teringin sangat nak tengok full match! Terpaksa cari download di internet.
Lukas Podolski - 25 Tahun (FC Köln)
sila right click dan tekan "save as"
sila right click dan tekan "save as"
+ + + + + + +
Sunday, June 13, 2010
World Cup 2010 : Germany vs Australia!
3 Perlawanan akan berlansung hari ini, tapi pastinya aku akan lebih menumpukan kepada Germany vs Australia. Aku ada job penting hari ini, jadi tak sempat nak buat analisis pasukan favourite aku. Mengharapkan kemenangan, tetapi pastinya sengit kerana menentang Australia yang dibarisi pemain-pemain hebat Tim Cahill, Bresciano, dan lain-lain.
Germany pasti menurunkan barisan terkuat dengan penyerang Podolski, Klose, Schweinsteiger dan Kapten baru Phillip Lahm.
FTN predict : Slovenia tewaskan Algeria [1-0]
+ + + + + + +
FTN predict : Ghana tewaskan Serbia [2-1]
+ + + + + + +
FTN predict : Germany tewaskan Australia [2-1]




