Sunday, June 6, 2010

Apakah Kesudahan Konvoi Flotilla Gaza?

Aku agak lambat mendapat info terbaru tentang perkembangan MV Rachel Corrie kerana tak dapat online, disamping tidak berkesempatan mengikuti berita. Aku cuma dapat berita pukul 6pm tadi. Khabarnya MV Rachel Corrie sudah ditawan rejim Zionis.

cerita dari Huwaida Araff, salah seorang aktivis yang menaiki Challenger 1

+ + + + + + +

picture credit to this website

Disamping kisah Flotilla ke Gaza, aku terbaca satu kisah mengenai kekejaman Israel terhadap kumpulan-kumpulan yang membuat protest terhadap serangan Israel ke atas Mavi Marmara tempoh hari. Terbaru seorang warga Amerika bernama Emily Henochowicz ditembak di bahagian matanya dengan kanister gas pemedih mata oleh tentera Israel ketika mengadakan demonstrasi di checkpoint Calandiya. Tentera Israel juga melepaskan gas pemedih mata terhadap orang awam yang turut sama menyertai demonstrasi itu. Mereka semua tidak bersenjata.

Emily yang cedera di bahagian muka dan kepala
picture credit to this website

Emily dilaporkan sedang mendapat rawatan di Hospital Hadassah selepas melalui 2 pembedahan. Dia kehilangan sebelah mata, dan 3 keping plet besi dimasukkan ke dalam kepala/muka. Tulang-tulang di soket mata, tulang dagu dan rahang mengalami kecederaan.

Ramai menyatakan kejadian ini mengingatkan kepada kisah Rachel Corrie yang dibunuh tentera Israel.

SOURCE : this website

p/s : ada satu klip video baru tersebar hasil tindakan bijak wartawan Turki yang merakam dengan kamera rahsia. Tersiar ketika Buletin Utama tadi. Menambah lagi bukti kekejaman Israel di atas kapal Mavi Marmara.


Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

1 feedbacks:

azieazah said...

Sungguh kejam Rejim zionis itu...

Moga yang ditawan itu akan kembali dengan selamat. Sama-samalah kita berdoa...

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails