Monday, March 1, 2010

Edisi Bincang Bersama Blogger - Kes Adik Syafiah

Topik yang menjadi perdebatan hangat minggu ini sudah pasti kes kematian arwah adik Syafiah Humairah. Pagi ini di radio Hot.FM, Fara Fauzana dan FBI membuka topik berkenaan Sikap Ambil Tahu sesama kita. Jadi aku ingin membuka perbincangan di kalangan blogger sekalian, apakah pendapat anda semua mengenai topik ini. Sikap rakyat Malaysia yang kurang mengambil tahu, atau lebih suka memilih untuk tidak ambil tahu hal sekeliling rumah.

Kita mungkin tidak boleh berharap 100% kepada pihak berkuasa, jadi kita para blogger mungkin boleh memulakan sesuatu untuk mengubah senario ini. Apa kata anda?


4 feedbacks:

yangyuyu said...

nasi dah jadi bubur, kita ambil kisah sadiss ini sebagai pengajaran

dah puas air mata berlinang baca kisah sedih arwah shafiah

Allah akan balas perbuatan kita di akhirat kelak

From The News said...

setuju.

tapi saya masih hairan sikap saksi kejadian. apakah menyepak budak itu dilihat normal bagi mereka?
sudah pasti perkara itu patut dilaporkan serta-merta. Jangan takut untuk "busy-body" bila melibatkan perikemanusiaan anda

Siti Jamiah said...

Saya juga hairan bagaimana ibu kanak-kanak ini tidak peka dengan tanda parut lama pada tubuh anaknya?

From The News said...

saya lebih hairan kenapa masyarakat boleh terpedaya dengan lakonannya..

terutamanya bila dia memohon perlindungan JKM. paling tak munasabah!!

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails