Showing posts with label Traffik Jam. Show all posts
Showing posts with label Traffik Jam. Show all posts

Monday, February 28, 2011

Macamana Tak Traffic Jam Hari-hari Kak, kalau..

gambar aku selambe recycle

Jumlah kenderaan yang berdaftar di Malaysia sehingga tahun 2010 sudah mencecah 21.25 juta! Peningkatan sebanyak 11.74% daripada tahun 2009 iaitu 19.01 juta kenderaan. Ini termasuk semua jenis pengangkutan iaitu Lori, Bas, Motosikal, dan juga Traktor.

Kuala Lumpur tops the list, dengan 4.9juta kenderaan diikuti oleh Johor sebanyak 2.9juta. Selangor dan Pulau Pinang masing-masing sebanyak 2.4juta dan 2.2juta buah kenderaan.

+ + + + + + +

Mana tak jem oi..!

tukar topik :
Situasi keluarga sekarang.
Bapak bekerja. Mak pun bekerja. Anak yang dah bekerja pun ada, yang belajar di Universiti pun ada. Belum kira yang sekolah menengah lagi tu.
Bapak satu kereta, Mak pun satu kereta. Anak yang kerja kat bank tu pun satu kereta, yang kat Universiti pun ada kereta..at least Viva sebijik. Yang sekolah menengah pun nak pakai motor..rempit la katakan.
Kat situ aje dah 5 buah kenderaan. Kalau ada 10 keluarga produktif macam ni? dah ada 50 biji kereta. 

Fuihh...dashattt..dashatttt. Takkan nak suruh aku buat vlog pasal ni? Tak pasal-pasal wehh..hahaha


SOURCE : data dirujuk dari Motortrader.com.my

Friday, May 28, 2010

SMS Terbuka Kepada Menteri Pengangkutan Malaysia


Greetings YB Dato', bila nak improve public transport? -n-

Kalau boleh lah kan..


p/s : Letih pandu kereta dalam kesesakan. Hari ini sesak dari simpang Nilai! Lenguh kaki wehh!!


Aku ada FormSpring tau. Tanya lah sepuas hati

Wednesday, March 31, 2010

Kepuasan Blogging - Mampukah Capai Trafik 4 Digit buat Pertama Kali?



Aku cukup kagum melihat entri mengenai top bloggers di blog GTO Eyriqazz ini. Lihat sajalah jumlah trafik harian top bloggers tu. 4 digit ke atas..all the way. Fuh! Tapi itu semua mungkin agak mustahil bagi blogger baru macam aku. Jadi aku tidak letakkan harapan tinggi setakat ini. Lagipun, lihat sajalah berapa lama masa di ambil oleh Top Bloggers untuk mencapai apa yang dicapai sekarang.


Wednesday, March 17, 2010

Tengok Gambar Ini Dan Bayangkan Anda Memandu Kereta Kat Hujung Itu



Apakah perasaan anda? Terperangkap dalam kesesakan jalanraya yang teruk. Kadang-kala sehingga mengambil masa yang lama untuk tiba ke destinasi. Jika anda tinggal jauh dari bandar terutamanya Kuala Lumpur, cuba bayangkan saja. Kerana percayalah, kampung anda pun akan mengalami kesesakan sebegini satu hari nanti.

Esok aku akan cuba jelaskan isu ini.

Related Posts with Thumbnails