Showing posts with label Driving. Show all posts
Showing posts with label Driving. Show all posts

Saturday, April 7, 2012

(New Photo!) Summary of PROTON Prevé First Impression Review

Proton Prevé First Impression Review
Proton Prevé warna Elegant Brown


Proton Prevé Test Drive Review
Pandangan sisi Proton Prevé


Proton Prevé First Impression Review
Lampu depan dengan imej Sang Harimau

PROTON tidak pernah gagal mencipta suatu "hype" setiap kali menjelang pelancaran model terbaru mereka. Tidak lama lagi, model sedan terbaru yang bakal menjadi flagship model PROTON akan muncul. Model ini boleh dikatakan yang paling dinantikan rakyat Malaysia untuk tahun 2012 ini.

Baru-baru ini, PROTON telah pun melakukan sidang media untuk mengumumkan secara rasmi nama kereta terbaru mereka iaitu Proton Prevé (baca: Prae-vae). Dalam majlis yang sama, pihak media telah diberi peluang untuk memandu uji Proton Prevé di Putrajaya. Jadi untuk memudahkan peminat automotif sekalian, saya membuat sikit kompilasi point-point penting beberapa "First Impression" review dari blog-blog automotif terkemuka di Malaysia. Of course, saya tidak terlibat dalam event tersebut. Ini sekadar merumuskan semua review dalam satu post untuk rujukan semua.

* kredit kepada blog-blog terbabit (link di hujung entry)
** gambar sumber Paultan & Forum Lowyat


New Proton Prevé First Impression Review
Interior yang kemas dan elegan


Lampu brak dengan LED


+ + + + + + +

We are also pleased to report that the Prevé keeps up Proton's promise in delivering cars that ride and handle with the best of them. Suspension setup is indeed world class, with a spot on balance in terms of ride quality and handling sharpness. Stability at high speeds, up to 200kph, is beyond reproach, and amongst C-segment competitors, only the Ford Focus will have nothing to fear from the Prevé in terms of ride and handling. - Autoworld

There was something that I did not notice and Proton gets a huge pat in the back for it – it was the noise levels, or lack of it. Proton must have packed the Prevé with so much insulation that the volume of the road, wind and the CVT-whine have been lowered to near mute. I peeked at the speedometer and got caught off guard – the Prevé managed to remain hushed even when driving over the speed limit. Nice sorcery, this. - Chris Ng/Paultan

Pemanduan sejauh 160km di atas lebuhraya dan jalan berliku menyaksikan kehebatan Prevé yang sebenarnya. Dengan stereng yang lebih memberikan maklumbalas, ia mengambil selekoh dengan bersahaja. Pemanduan di atas lebuhraya tertutup membolehkan kami memandu selaju 205km/j (mengikut GPS), dan Prevé terasa sungguh solid dan mantap. Tiada membuai walaupun jalannya berombak dan side-wind juga tidak begitu menggangu Prevé ini. - AutoAnda/Funtasticko

I also spent part of the journey in the back seat and was very impressed with the legroom. For a car in this class, there’s a lot of space in the back to stretch out and I found that I had to lean forward to keep a conversation with the engineer due to the generous distance! - Motortrader


New Proton Prevé Interior Picture
Touch-screen ICE, Push-start antara ciri-ciri pada Prevé


Proton Prevé Exterior Specification
SID atau Smart Info Display


Bacaan penuh di pautan berikut :


Wednesday, May 26, 2010

Morons in Dubai Highway, Bila Badut Berduit Banyak

Ingat lagi tak entri ini?

Korang ingat tak dengan entri tentang orang berduit tapi perangai macam badut sarkis ? Rupanya ada ramai lagi sanak saudara mereka di sana. Lebih sewel dan merapu. Kesian mereka. Duitnya banyak, tokey minyak la kut. Tapi cari nahas di jalan raya. Ni kes lagi teruk dari Mat Rempit, ini Lebai Rempit, tak pun Pak Arab Remphits.

Jom tengok satu video betapa hebatnya rempitan pak arab di Dubai. Kalau boleh, korang bagi penilaian aksi sarkis diorang. Patutkah mereka masuk Royal London Circus? Atau buat persembahan masa Jom Heboh ke? Boleh buat duit tu wehh


Friday, March 26, 2010

Kalau Yang Memandu Macam Mabuk, Yang Menunggang Macam Apa?

Ini bukan upacara penyembahan

SHAH ALAM: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) meminta pengguna tidak menggunakan telefon bimbit walaupun dengan alat bebas tangan ketika memandu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Suret Singh berkata, larangan itu berhubung kajian di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun dua tahun lalu penggunaan alat bebas tangan ketika memandu memberi impak sama seperti pemanduan dalam keadaan mabuk.
Itu kajian terhadap pemandu yang menggunakan alat bebas tangan (handsfree). Jadi bagaimana kalau yang tidak menggunakan alat bebas tangan? Lebih teruk lagi mereka yang menunggang motosikal sambil menggunakan telefon bimbit? Lebih teruk dari mabuk barangkali.

Semalam aku hampir sakit jiwa akibat seorang penunggang motosikal yang menukar laluan tanpa mengambil kira kereta aku yang datang dari belakang. Rupanya dia sedang menulis sms di telefon bimbit. Signal belok pun tiada, apatah lagi hendak tengok cermin sisi. Geram!


Monday, March 15, 2010

Lebih Baik Hidup Sederhana daripada Berduit Tapi Jadi Badut Sarkis

Pelik. Kereta sudah dicipta dengan 4 tayar. Untuk bergerak di atas 4 tayar. Lainlah kalau motosikal, ada 2 tayar. Tapi ada setengah orang tak faham. Dibelinya kereta yang ada 4 tayar untuk dipandu macam motosikal yang ada 2 tayar. Tak percaya, tengok ni. Aku speechless!


Buat apa kau tabik hormat? Macam nak bagi salam terakhir saja. Barangkali kekurangan kasih sayang?


Ini dalam bentuk video. Tapi bukan video clip nasyid tau. Biasanya akan disusuli dengan ucapan, "Please don't try this at home..unless you're a rich fella in Dubai"

Related Posts with Thumbnails