Showing posts with label Iswara. Show all posts
Showing posts with label Iswara. Show all posts

Thursday, May 27, 2010

PROTON 25 Years - SAGA Snap & Win Contest! RM25,000 untuk dimenangi

Proton bakal menyambut ulang tahun ke-25 Julai ini
source : paultan.org

Ingin memenangi wang tunai RM25,000?? Minat mengambil gambar? Hobi anda photography? Haa ini peluang korang. Jom sama-sama sertai pertandingan SAGA Snap & Win PROTON, bersempena dengan ulangtahun ke-25 Perusahaan Otomobil Nasional Berhad itu. Waa aku cukup teruja. Terutamanya bila ada contest yang melibatkan fotografi. Aku pasti nak turut serta!

Jadi kepada siapa yang masih memiliki kenderaan PROTON SAGA versi lama (mitsu fiore), Iswara, dan juga pemilik PROTON SAGA (2008) baru, anda patut turut serta. Syarat-syaratnya mudah sekali dan tak perlu menjadi fotografer professional. Yang penting mesej itu sampai.

Sementara itu, jom tonton video khas sempena sejarah PROTON SAGA (25 tahun PROTON)


Jangan lupa layari laman web ini!

Teruskan membaca untuk syarat-syarat pertandingan

Wednesday, March 31, 2010

Berhati-hati Ketika Mengisi Minyak, Beri Lebih Perhatian Pada Sekeliling Anda

VIDEO REMOVED 
IN RESPECT TO THE FAMILY MEMBERS
AL-FATIHAH


Ini rakaman CCTV Ini kisah kejadian yang berlaku pada malam hari Ahad lalu di Taman Midah, Cheras. Mohd Yusri, 32 mati akibat dilanggar sebuah kereta yang terbabas lalu melanggar mangsa yang sedang mengisi minyak kereta Proton Iswaranya. Pemandu kereta yang merempuh mangsa merupakan seorang wanita berumur 23 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan. Maklumat dari orang awam, pemandu wanita itu dikatakan mabuk ketika kejadian. Punca sebenar masih disiasat. Harap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kepada pemandu yang cuai sehingga menyebabkan kematian orang lain.

Al-fatihah kepada keluarga mangsa.

Related Posts with Thumbnails