Macam kejatuhan ekonomi dunia..(ekonomi dunia aku)
Ini hasil kajian terhadap blog sendiri (baca = From The News). Aku dapati daripada analytic Nuffnang, Get Clicky dan lain-lain memang trafik secara semula jadi akan merundum. Walaupun aku blogwalking seperti biasa, komen di blog-blog seperti biasa..tetapi trafik sangat slow. Dan akan jauh berbeza berbanding hari bekerja.
Apakah agaknya punca blog FTN tidak mendapat tempat di hati pembaca blog di hari minggu? Adakah kerana aku kurang memaparkan kisah personal yang hangat? Adakah kerana aku tidak menulis kisah-kisah artis seksi? Tidak, tidak, tidak sama sekali. Hasil soal selidik aku berjaya menghasilkan kesimpulan berikut. Mungkin boleh dijadikan research paper..haha
1. Ramai bangun lambat hari Sabtu, Ahad
Biasanya blog FTN akan mendapat trafik bermula jam 10pagi di hari bekerja. Biasanya waktu rehat pagi, atau mungkin sudah selesai mesyuarat pagi. Tetapi pada hari minggu, semua rata-rata bangun lambat. Mungkin tidur selepas Subuh, ataupun balik lambat sangat (aktiviti malam). Seperti hari ini sehingga pukul 11 pagi, FTN hanya mendapat 20 unique visitors.
ah, bukan main best kau tidur ya!
2. Hari minggu, hari bersama keluarga
Hari nak tengok wayang, nak shopping barang, nak pergi gathering, pergi jemputan kahwin, dan sebagainya. Jadi tiada masa nak blogwalking, atau datang komen ke blog-blog. Jadi sebab itu jarang nampak blog update di pagi hari minggu. Lebih ramai suka walking ke shopping complex dan menziarah sanak saudara daripada menziarah blog di hari minggu.
ceria macam ribena je
3. Melayan hindustan yang berjam-jam itu
Hari Sabtu sudah sinonim dengan filem hindustan. Ramai kaki-kaki hindustan di Malaysia. Semua peminat Hitrik Roshan lah, Sanjay Dutt lah, Rani Mukherjee lah, Amitabh Bachan dan sebagainya. Duduk melekat depan TV sambil kaki terikut-ikut rentak lagu hindustan.
Uh, terguling-guling tengok hindustan
4. Masa untuk mencuba resepi baru
Kebanyakan yang membaca blog FTN juga daripada golongan wanita (ini aku main teka je berdasarkan pengomen-pengomen di blog). Jadi pastinya masa yang ada pada hari minggu lah peluang untuk mereka (biasanya yang berumah tangga) untuk mencuba resepi-resepi yang bombastic untuk hidangan hari minggu. Walaupun ramai yang lebih gemar makan di luar, tapi rasanya ada juga yang suka menikmati hidangan di rumah. Lebih jimat, lebih sedap..boleh tambah 2-3 kali tanpa segan silu.
Feh, siap daun pisang..lazat seh
5. Macam-macam Gathering ada
Ini pun satu lagi punca. Bloggers gatheringlah, kelab kereta punya gatheringlah, photo outinglah, macam-macam gathering ada. Nak pecah rekod dunia, rekod kampung, rekod bandar, dan sebagainya. Belum masuk cerita Jom Heboh, Sua Rasa pelbagai. Jadi ramai pembaca blog berpotensi tiada di rumah ketika hari minggu.
rekod dunia gathering where's waldo
(salah seorang mesti pembaca FTN)
Ini lah antara 5 punca blog aku kurang pembaca di hari minggu. Walaupun ada yang tidak tepat, tapi tidak mengapa. Sekurang-kurangnya minda korang bersenam untuk menyatakan idea yang sebaliknya. Eh apa aku merepek ini. Apa pun, untuk mendapat trafik yang konsisten di hujung minggu merupakan antara cabaran yang besar. Kenalah cuba mencari keyword yang popular bukan saja di Malaysia, malah seluruh dunia. Tapi janganlah guna keyword macam ini. Luaskan skop untuk target pembaca dari negara-negara lain. Kalau tertekan akibat trafik blog merundum, aku rasa baik korang jumpa dengan pakar motivasi Dr. Fadhilah Kamtumi. Dia lebih arif!
SOURCE : gambar-gambar seperti biasa dari google.com
Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!