Entah dari mana asal-usul cerita ini aku pun tak berapa pasti. Rasanya sudah dikeluarkan tahun lepas. Tetapi rezeki jangan ditolak, musuh jangan ditarik. Teh tarik boleh, teh tolak tak ada. Aku cuba nasib tempoh hari dan berjaya mendapat 2 tiket percuma, ya percuma untuk menyaksikan screening filem The Descent 2 di Cathay Cineplex The Curve. Walaupun agak keberatan kerana barisan pelakon yang lansung aku tak pernah dengar namanya, serta cerita yang sudah masuk part 2. Part 1 pun aku tak tahu bila wujud. Haha. Tapi ada satu fakta yang menarik tau. Pelakon utama filem ini, Shauna Macdonald rupanya dilahirkan di Malaysia! Tapi dia ada slang Scottish yang kuat sebab dia berpindah ke Scotland lepas tu.
Meredah hujan dan kesesakan jalanraya selepas kerja menyebabkan mood agak suram. Dengan sejuk sebab kehujanan, dan terus dari pejabat. Tak sempat nak bersiap pakai wangian harum semerbak. Dah lama tak ke The Curve sebenarnya. Kali terakhir masa dapat special pass untuk Terminator 4 dulu dengan radio ERA (itu pun member bawak).
Nak dipendekkan cerita, aku antara yang awal beratur dan aku perasan juga Bean Moreno dan wife dia di depan aku. Cuma tak sempat nak tegur semalam. Lepas ambil tiket aku terus gi Isyak dulu. Lain-lain aku tak perasan, sorry aku tak berapa cam.
Secara ringkas, filem The Descent 2 ini memang hampeh. Kerana ia berjaya membuatkan aku dan isteri terkejut ala-ala mendapat suprise ketika sambutan hari jadi. Adakala rasa nak karate arm rest kerusi wayang tu. Ceritanya straight foward pada aku. 10-15 minit pertama nak cerita tentang watak utama Sarah yang terselamat (dari kisah Descent Part 1). Lalu Polis menggunakan Sarah untuk mencari rakan-rakan lain yang turut hilang bersamanya (ini pun kisah Descent Part 1). Masuk je dalam gua, mula lah macam-macam berlaku. Dah boleh agak macam tengok cerita Yusof Haslam je. Ada makhluk macam toyol tapi gigi dia tajam-tajam macam piranha. Ada adegan yang geli, suspen, terkejut, lawak pun ada. Part tikus keluar dari mulut mayat tu paling menggelikan urat tekak aku. Banyak adegan ganas yang tidak dipotong, dan polis perempuan tu suka cakap F*ck F*ck. Cam rempit je. Apa pun, selepas bertumbuk, berkapak, kung klang kung kleng Alexander dengan makhluk ganas tu, akhirnya semua watak pun mati. Tak ada seorang pun survive, kecuali pakcik jahat yang menjadi penjaga makhluk-makhluk itu. Aku tengok dia dah macam penunggu gunung raya pula.
Pelakon tambahan yang lebih cun dari main actress
Cerita ini aku boleh bagi rating 1.5/5 tulang ikan. 1 sebab ada pelakon tambahan yang cun, 0.5 sebab ada aksi makhluk ganas tu berak. Peh geli gila. Pandai pengarah filem selitkan aksi-aksi lucu. Tak ada gambar lansung untuk event semalam, tapi ada yang bersemangat bawa kamera "besar punya" siap dengan speedlight dongak ke atas (sebab nak bounce). Aku dari pejabat, so tak dapat nak bawak kamera.
ramai yang keluar panggung melopong
macam ini akibat trauma
Terima kasih Nuffnang, kerana beri peluang aku dan wife tengok movie percuma. Heeee!
Dirty girls..very dirty
p/s : Kagum macamana diorang create scene dalam gua. Nak ambil shot celah-celah tu mesti payah. Especially dengan equipment yang pelbagai.
Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!