Bila tiba bab memilih kediaman, ramai yang sukar membuat pilihan. Sama ada mahu menduduki apartment/condominium atau rumah atas tanah (sudah tentu lah rumah teres). Ada pelbagai pro dan kontra bila melihat kepada dua jenis kediaman ini. Ini yang sempat aku fikirkan. Mungkin ada pendapat korang yang berbeza dan lebih baik dari aku. Buat masa ini, aku menginap di sebuah apartment. Sudah lebih 3 tahun, dan keinginan untuk tinggal di rumah atas tanah sudah mula bermain-main di fikiran.
Di sini aku senaraikan apa yang aku rasa pro dan kontra bila tinggal di apartment dan rumah.
Pro :
Senang nak mengurus rumah
Ada pengawal keselamatan
Banyak fasiliti (dobi, kedai runcit, surau etc)
Harga lebih murah
Kontra :
Parking jauh, masalah setiap kali pulang membeli belah
Masa menunggu lif yang lama
Kereta berpanas sentiasa
Tiada ruang untuk kereta kedua untuk parking
Masalah bila ahli keluarga, kawan-kawan melawat (parking)
Pro :
Luas, bilik yang besar
Garaj untuk kenderaan
Dapur yang selesa
Lebih privasi berbanding apartment
Kontra :
Harga yang mahal
Maintanence tinggi
Faktor keselamatan (lebih banyak tingkap,pintu)
Hebat bukan? Dia berjaya menggunakan ruang yang sempit dengan begitu kreatif sekali. Semuanya ada di dalam ruang apartmentnya. Kagum!!
SOURCE : Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!