the world's leading brand
Bila sebut Adidas, semua orang pasti akan ingat bola sepak. Dan bila ingat bola sepak sudah pasti terbayang kejohanan FIFA Piala Dunia 2010 yang bakal berlansung di Afrika Selatan tak lama lagi. Bola sepak dan Adidas memang sinonim tau.
Pasukan kegemaran aku ditaja oleh Adidas. Tambah pula Adidas ialah jenama yang berasal dari negara Germany! (Pasti Menang!) Baju-baju sukan aku pun kebanyakannya pun berjenama Adidas (sudah tentu sebab kebanyakkan jersey pasukan kegemaran). Kasut futsal pertama aku pun berjenama Adidas. Adidas memang ada kelas tersendiri. Bila pakai jenama Adidas, terasa aura bola sepak pun sampai. Bila main futsal terasa seperti pemain yang hebat, walaupun sepak tonjol belaka. Janji bergaya. Kadang-kadang terasa macam Lukas Podolski pula.
Mr. Jabulani - 2010 World Cup official ball
Jangan lupa Adidas banyak memainkan peranan penting dalam penajaan temasya bola sepak paling hebat di dunia iaitu FIFA World Cup. Bola rasmi Piala Dunia, Jabulani juga dari Adidas. Pendek kata, kalaulah Adidas tiada, maka tiadalah temasya Bola Sepak hebat itu. Jadi apa aku nak tengok bulan Jun kalau World Cup tiada. Oh, jadi Adidas kena sentiasa ada! Tapi sebelum Piala Dunia bermula, tolong baca ini sebagai persediaan mental.
Jadi terbuktilah Football = Adidas. Tengok saja berapa kali aku tulis perkataan Adidas dalam entri ini. Gila banyak kan?. Maknanya jelas dan nyata bahawa Adidas sangat sinonim dengan bola sepak. Apa lagi, jom beli baju pasukan Germany yang terbaru. Pastinya yang original dari Adidas. Go Deutschland go!!
Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
The Project Alpha bloggers will be at the Adidas Pure Game Ole KO
event on Friday (May 21), from 7.30pm-8.30pm. Catch them in action!
Sambil-sambil pilih baju Adidas, mari tengok episod 29 hingga 32 project alpha season 2!