Saturday, May 22, 2010

Rahsia Kejayaan Aku


Sejak kecil lagi (zaman sekolah) ramai bertanya tentang rahsia kejayaan aku. Bila aku dapat tempat pertama masa kelas lukisan dulu, kawan-kawan tanya apa rahsia kejayaan aku. Tapi aku hanya senyum membalas pertanyaan mereka. Bila aku menang main tutup botol waktu rehat pukul 10 pagi pun persoalan yang sama timbul. Ingatkan benda ini akan berhenti bila sudah masuk sekolah menengah.

Tapi aku salah. Ada satu masa tu aku dapat tempat ketiga pertandingan reka laman web nasional dan wartawan akhbar pun tanya soalan yang sama. Apakah rahsia kejayaan? Tapi masa itu aku malu-malu segan dan tak tahu nak menjawab, jadi aku senyum saja sebab jurukamera nak ambil gambar.

Sekarang pun, sejak aku tulis blog From The News yang merapu ini, sekali lagi soalan yang sama timbul. Ada yang bertanyakan soalan, apakah rahsia kejayaan? Aku sendiri tidak pasti kejayaan apa yang dimaksudkan. Aku bukan terkenal, dan tidak membuat duit beribu daripada blogging.

Untuk mengelak soalan yang sama berulang lagi, aku rasa sudah tiba masanya aku dedahkan rahsia kejayaan aku. Aku tak pasti sama ada ia dapat menjawab semua pertanyaan sebelum ini, tapi bagi aku inilah satu-satunya rahsia kejayaan aku.



Rahsia kejayaan aku mudah saja. Untuk mendapatkan hasil kerja yang bagus, tak kiralah dari segi melukis, membuat laman web, menulis blog, malah bermain gasing dan galah panjang sekalipun, yang paling penting ialah makan makanan yang memberikan tenaga. Bila bertenaga, segala benda kita boleh laksanakan dengan baik.

Bagi aku, kicap amat penting dalam menu seharian aku. Dengan kicap, nasi putih boleh bertukar menjadi sedap dan kencang masuk dalam mulut. Bila nasi masuk mulut, aku dapat tenaga. Tak kira dimana sekalipun, khidmat kicap pasti ditagih. Bekalan makanan paling utama masa di Jepun dulu juga kicap. Bukan mee maggi. Aku pernah claim kat Japan Post RM300, sebab mereka pecahkan satu botol kicap semasa mereka menguruskan parcel dari Malaysia. Gila kau, RM300 untuk sebotol kicap! Memang kena tipu Jepun tuh. Haha!

Sebenarnya, aku kehabisan kicap hari ini. Emosi juga bila kicap kehabisan. Bergegas aku meredah hujan, nak pergi beli kat kedai. Betapa pentingnya kicap dalam kehidupan seharian aku. Paling best kalau kena telur separuh masak dengan kicap manis, lada putih sikit. WOW Lazat! Besok pasti order masa breakfast!

p/s : nak makan apa malam ni ya.. masalah betul bila chef de mission kena pergi kursus! haishh (oh lupa, nasi dengan kicap kut haha)

SOURCE : gambar original dari google.com

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!
Kalau nak exchange link jangan lupa tinggalkan link blog korang.

Related Posts with Thumbnails