Kehampaan pada wajah Lee Chong Wei
gambar kredit pada Utusan Malaysia
Salam kepada semua pembaca FTN. Selamat Hari Belia, Hari Guru, dan berhujung minggu.
Seperti kita semua sedia maklum, semalam pasukan Malaysia tewas dengan mudah kepada China 3-0 dalam persaingan separuh akhir Piala Thomas 2010. Lebih menyedihkan lagi, Malaysia tewas di hadapan jutaan penonton yang menonton secara lansung di TV1, TV3, ASTRO dan ribuan lagi yang menyokong di Stadium Putra semalam. Kecewa memang kecewa, apatah lagi bila bermain di tempat sendiri. Tetapi kita tetap perlu bergerak ke hadapan.
Kalah atau menang adat pertandingan. Kita tidak boleh menyalahkan pemain 100 peratus. Mereka sudah cuba sehabis baik. Janganlah pula sorak bila menang, maki hamun bila tewas. Pada pandangan aku, ada beberapa faktor yang perlu di beri fokus untuk meningkatkan prestasi sukan badminton di Malaysia.
1. Malaysia perlu tonjolkan bakat-bakat baru. Pasukan Malaysia perlu barisan pemain yang lebih muda. Lihat sajalah purata umur pemain dari China, hampir kesemuanya masih awal 20-an. Seperti juga pasukan Jepun, pemain-pemain muda mereka sudah mula menunjukkan taring di persada antarabangsa.
2. Tidak boleh mengharapkan kepada Lee Chong Wei seorang. Ranking 1 di dunia bukanlah pengukur tahap skill seseorang. Seperti yang aku maklum, ranking BWF berdasarkan kutipan mata. Jadi lebih banyak menyertai kejohanan, lebih cerah peluang mendapat ranking baik. Ramai pengulas sukan antarabangsa beranggapan Lin Dan lebih layak berada di ranking 1 dunia.
3. Pemain perlu fokus dan tiada membawa masalah peribadi ketika bermain. Malaysia mempunyai barisan yang handal, tetapi ramai yang kecundang/merundum akibat masalah dalaman. Terutamanya disiplin. Lihat sajalah apa yang berlaku kepada beregu Malaysia. Ia agak memalukan kerana berlaku dalam pertandingan yang disaksikan seluruh dunia.
Malaysia perlu berani melepaskan semua pemain-pemain muda untuk beraksi di kejohanan antarabangsa. Alasan mereka tidak bersedia tidak sepatutnya digunakan, kerana pengalaman akan membantu pemain memperbaiki permainan mereka. Kenapa Lin Dan dan pemain-pemain China lain boleh menandingi tekanan dari ribuan penonton dan beraksi dengan sangat yakin sekali?
Kecewa memang kecewa. Siapa tidak? Tetapi hidup mesti terus. Lepas ini kita bersorak tengok World Cup pula. Tapi sebelum itu, kita jangan lupa tengok pencapaian pasukan hoki Malaysia yang sedang beraksi dalam Piala Sultan Azlan Shah.
SOURCE : Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!