Friday, May 14, 2010

Keputusan Separuh Akhir Piala Thomas : Misi Malaysia Gagal!


Keputusan Separuh Akhir Piala Thomas 2010
Malaysia [ 0 ] – China [ 3 ]

Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan
17-21, 8-21

Koo Kean Keat/Tan Boon Heong tewas kepada Cai Yun/ Fu Hai Feng
15-21, 10-21

Wong Choong Han tewas kepada Chen Jin
16-21, 7-21


Chong Wei masih gagal mengatasi seterunya Lin Dan
gambar lama dari google.com


Dengan berakhirnya 3 perlawanan pertama dengan kekalahan straight set, Malaysia tunduk kepada China dalam perlawanan separuh akhir Piala Thomas. Nampaknya kedudukan ranking 1 yang dimiliki oleh Lee Chong Wei dan pasangan beregu Koo Kean Keat/Tan Boon Heong tidak dapat dibuktikan dalam perlawanan malam ini. Choong Han juga tidak mampu menyangi lawan yang jauh lebih muda dan cergas daripadanya. Rasanya dalam setiap set malam tadi, Malaysia tidak pernah mendahului pemain China. 

Malaysia gagal dalam misi menawan kembali Piala Thomas. Malaysia gagal melepasi Tembok Besar China yang kelihatan lebih tinggi dan tegap dari biasa. Nampaknya Malaysia perlu melahirkan barisan pelapis muda bermula dari sekarang. Pastikan tahap kecergasan berada setaraf dengan pemain-pemain China.

Namun, pastinya sayang seribu kali sayang. Kita gagal manfaatkan peluang bermain di tempat sendiri. Apapun tahniah Malaysia, kerana memberi sedikit harapan kepada para penyokong. Cuba lagi di masa hadapan.

p/s : tunggu World Cup sajalah lepas ini..tapi Malaysia tak masuk!

Related Posts with Thumbnails