Sunday, May 2, 2010

Lagi-lagi Kenyataan Tak Boleh Pakai Dari Artis

Aku tak pasti nak salahkan siapa. Artis atau Wartawan Hiburan. Tapi yang paling tak boleh blah, ialah membaca kenyataan-kenyataan dari artis di Malaysia ini. Rata-rata semua sudah akil baligh dan berumur lebih dari adik Rafiqin atau Tuan Muda. Tapi lansung tak mencerminkan diri yang matang dan boleh berfikiran seperti orang dewasa.

Sebelum ini hangat dengan kisah Umie Aida dan baju pengantinnya, kemudian isu Watie Elite dengan gambar seksa sangat di kelab, kali ini aku nak korang pertimbangkan kenyataan dari seorang pelakon terlampau ini.. Eh bukan, pelakon filem Andartu Terlampau ini. Siapa lagi kalau bukan Haliza Misbun.

sekali macam Runaway Bride daa!



Pertama sekali kita tengok Headline artikel, biasalah "standard procedure" nak jual surat khabar.
Haliza Tiada Niat Menyeksikan Diri Dalam Andartu Terlampau…
Memang tak boleh blah kan? Artis wanita kat Malaysia ini kalau tak dikaitkan dengan seksi memang tak sah. Sejak akhir-akhir ini memang popular bab seksi ini. Kalau yang lelaki mesti kes khalwat. Meh sini kita baca sikit petikan artikel itu;
Bermula daripada garapan cerita yang hampir menyerupai beberapa filem romantik komedi Hollywood mengisarkan tentang wanita yang mendapat pelbagai cabaran ketika mencari pasangan hidup. Namun terbalik pula dalam filem Andartu Terlampau…, ia mengisahkan tentang Nikki atau nama sebenarnya Nik Melati Sukma mendapat desakan keluarga untuk berkahwin.

Sehinggalah cara berpakaian pelakon utamanya, Haliza Misbun yang melakonkan watak Nikki. Mungkin dia memakai seluar pendek dan baju singlet bagi menyesuaikan dengan watak remaja yang dilakonkan.

Ada juga babak-babak yang agak seksi dan berani seperti menampakkan pangkal payudara.

Ok. Itu sudah menerangkan situasi. Hangat. Babak-babak seksi seperti menampakkan pangkal payudara. Kira macam publisiti murahan nak suruh orang ramai datang tengok. Belajar dari Hollywood lah ni. Semua nak masukkan unsur-unsur yang 18SX dalam filem. Ceh. Bila nak maju? Tengok filem Sepet, Talentime, Papadom dan sewaktu dengannya..itu semua tak perlu pangkal-pangkal pun, tapi tetap mendapat tempat di hati peminat.

Oh, by the way, Haliza Misbun kata tak tahu fasal shot seksi kan? Tapi cuba baca sini

p/s : statement-statement lain, "Nak tutup aurat lepas balik Haji, Nak pakai tudung lepas balik Umrah, Saya bersedia nak pakai tudung, Saya tak tahu baju itu seksi..bla bla bla" - Memang tak boleh blah lansung!!

SOURCE : gambar dari Google.com

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails