Friday, May 7, 2010

Perempuan dan Rokok : Cegah Sebelum Padah

Salam. Dah lama aku tak berbicara tentang isu-isu yang berlaku disekeliling aku. Asyik-asyik drama, Lisa Surihani, Lisa Surihani dan.. Lisa Surihani. Sekali-sekala kena juga hidangkan isu-isu untuk dibincangkan bersama. Kalau tak, kenalah tukar title blog kepada "From The Lisa Surihani" pula kan? Haha.


Ok, let's go straight to the point here. Aku tak suka lihat perempuan yang merokok. Terutamanya wanita-wanita melayu yang sepatutnya kelihatan anggun dan cantik tetapi dicemari asap rokok. Apakah merokok sudah menjadi gaya hidup para wanita (terutamanya Melayu) di Malaysia ini. Apakah perlu hisap rokok untuk nampak cool? Bagi aku, perempuan yang merokok lansung tidak cool, malah tidak ayu lansung walaupun mempunyai bentuk badan "hot stuff" macam Jessica Alba. Tak manis lansung melihat wanita-wanita sekarang mengeluarkan kotak rokok dan lighter dari dalam handbag setiap kali melepak di kedai mamak dan sebagainya. Not Cool ok! especially budak-budak student. Habis stress sangatlah study tu sampai nak tarik asap puas-puas?



Jom patah-patahkan rokok itu!

Kepada wanita-wanita yang merokok, hentikanlah. Kerana banyak komplikasi dan penyakit boleh berlaku akibat merokok. Rokok boleh mempengaruhi kesihatan janin (bagi yang mengandung), merupakan punca kanser payudara dan kanser rahim, masalah penampilan diri, dan sebagainya. Gigi korang pun jadi kuning, dan boleh mengganggu perasaan korang (lemah akal, perasaan bimbang, kurang nafsu makan).

Dan akhir sekali, bagi yang tetap nak merokok juga, sebab dah ketagih gila..tolonglah pertimbangkan pesanan ini. Janganlah sampai mesej ini ditampal di semua premis kedai mamak, termasuk kopitiam. Dan kepada student-student (perempuan) yang merokok di sebuah kedai makan di Shah Alam semalam (nama kedai dirahsiakan), harap-harap korang berhentilah cepat-cepat, kalau tak hantaran kahwin nanti jadi kurang, sebab paru-paru korang dah 2nd hand, walaupun ada PHD. Haha

Lipas pun tak mahu kanser! Jadi hentikanlah merokok woi!



Hentikan lah wei..tak manis merokok tau..


SOURCE : all pics credit to google.com

p/s : Ada baca tentang artikel terbaru artis "tak sengaja" tayang aset? Cuba baca kat KOSMO ni..

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails