Tuesday, May 4, 2010

Kelakar Habis!! Kantoi Whatever Lyrics - Dari Afdlin Shauki (AIM 17)

Kesian aku tak dapat tengok AIM dari mula. Tak dapat berlumba-lumba dengan Zara, Jard, Aidi Safuan dan lain-lain untuk update pemenang AIM. Al-maklumlah, SEO hangat tu malam tadi. Pasti ramai mencari-cari keputusan semalam. Tapi apa pun, tahniah kepada Yuna, dan Faizal Tahir!! Yang artis pakai "tudung" ntah apa-apa tu aku tak perlu congrats. Boring! Haha

Aku sempat juga melihat persembahan Zee Avi dengan make-up luar biasa dia itu. Hebat juga AIM sanggup bawa Zee Avi dari Amerika untuk buat persembahan malam tadi. Dia memang sempoi semasa menyanyi.

Zee Avi dengan Ukulele elektriknya..unik! 




Apapun, sudah pasti highlight of the day jatuh kepada Afdlin Shauki dan lagu spin-off dari Zee Avi. Dengan selamba kodok Afdlin membalas lagu Kantoi dari Zee Avi dengan versi kelakar habis; "Kantoi Whatever". Jom layan lirik lagu Kantoi Whatever dari Afdlin Shauki. Sila nyanyi ikut rentak lagu Zee Avi ya!

Ini style ape la bro..macam Winter Sonata jek!


Semalam You Call I, I tak answer,
Tak paham ke memang I dah tak suka,
Dari dulu I cuba nak break dengan you,
Tapi you ugut nak tunjuk video tu,
Sudahlah pyscho, jangan ganggu,
You pakai bomoh you ingat I tak tau,
You memang slalu buat I berbulu,
No wonderlah mak I pun tak suka you!

Lagu Kantoi Whatever dari Afdlin Shauki.

Terbaik lah bro Afdlin. Your jokes never fails to make us laugh. Sempoi, selamba, straight to the point. Tabik spring. Tergelak-gelak sampai meggi aku sudah kembang!

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails