Friday, May 14, 2010

Semi Final Piala Thomas 2010 : Lee Chong Wei vs Lin Dan Jadi Tumpuan

the two biggest rivalry in badminton

Semi Final Thomas Cup 2010
MALAYSIA vs CHINA

Petang ini, seluruh rakyat Malaysia bakal melekat di hadapan TV seperti seekor cicak yang melekat di dinding. Kerana perlawanan yang paling dinanti-nanti iaitu Malaysia menentang juara bertahan China dalam merebut tempat ke Finals Piala Thomas 2010. Sudah pastinya pertembungan dua gergasi perseorangan dunia iaitu Lee Chong Wei dan Lin Dan (bukan Linda Onn).

Pastinya di atas kertas, pasukan China nampak lebih hebat dengan barisan pemain-pemain yang menduduki ranking 1 digit. Di tambah dengan faktor usia, China mempunyai kelebihan. Tetapi jangan mudah putus asa hanya dengan membaca data dan statistik. Kerana kali ini kita mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri. Pemain China bukan saja perlu melepasi cabaran dari pemain Malaysia, tetapi mereka perlu mengatasi sorakan dan sokongan penyokong Malaysia yang dijangka "Full House" hari ini.



Apa pun, mari kita tengok rekod pertemuan antara barisan pemain Malaysia dan China

Bagaimanakah kesudahannya malam ini? Chong Wei dan pasangan beregu Koo Kien Keat/Tan Boon Heong perlu menang, dan kita akan menagih persembahan terhebat dari 3 perlawanan selepas itu. Semoga Hafiz Hashim dapat mengulangi kemenangannya kepada Bao Chun Lai pada 2002 di China.

Yang pastinya, kepada seluruh rakyat Malaysia, pastikan aura anda bersama-sama pasukan Malaysia malam ini. Kepada bloggers pun, mari kita sokong team. Naikkan semangat semua! Fikirkan boleh! Ayuh ayuh..tak sabar nak pulang ke kampung.

Nak tengok skrin besaaar sikit..hehe

p/s : dah tengok hari tu, tengok lagi...kasi naik semangat sikit..




Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails