Tuesday, May 25, 2010

I wanna watch Toy Story 3

It's here!! Finally!!

Oh, yes. It's finally here!! It's the 3rd installment of Toy Story 3!! Aku pasti mahu tonton. Pasti, pasti! Antara filem animasi yang menjadi favourite aku sejak pertama kali di tayangkan pada 1995! Sudah 15 tahun berlalu dan kini Toy Story muncul lagi dengan bahagian ke-3!

Tak sabar nak menonton semua watak-watak termasuk yang kekal sejak Toy Story pertama seperti Buzz Lightyear, Woody, Rex, Mr. Potato Head dan banyak lagi. Dalam Toy Story 3, lebih banyak lagi karakter baru akan muncul. Antaranya Bookworm, Strech, Ken, Lots-o'-huggin'-bear, Chunk dan banyak lagi. Rasanya ada 13 karakter baru dalam Toy Story 3 nanti.

Yang pastinya, dalam banyak-banyak 13 karakter tersebut, aku nak tengok gelagat Stretch. Kalau tengok stretch ini rupanya seekor sotong. Dan pasti ada boleh buat streching dengan baik. Haha. Teringat permainan zaman kanak-kanak aku dulu. Sama seperti stretch, tapi boleh melekat di dinding. Bila baling, dia akan melekat dan perlahan-lahan jatuh. Walaupun tak ada rupa macam Stretch, tapi aku tak boleh lupa bagaimana keadaan syiling rumah yang penuh dengan benda alah tu. Bergantungan, tunggu saja nak jatuh.

Stretch...good for stress release! Haha


Ini pun nampak macam menarik. Pasti ada lawak bodoh
yang robot ini buat. Ooo can't wait!!!


Jom check out trailer Toy Story 3!! Weeeee


Apa pun, tak sabar nak menonton Toy Story 3, apatah lagi dengan view 3D terbaru. Masa menonton trailer di panggung, memang teruja. Lawak pula masa Rex jadi sekeping papan tu sebab bukan 3D..Haha!

To Infinity And Beyond!!
Err..aku prefer Cartoon version ok?..
(euww geli dowhh)


SOURCE : pics from Nuffnang, video from youtube


Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails