Tuesday, May 4, 2010

Tengok Gambar Amani dari Adamaya (Mia Sara Nasuha) Dan Bandingkan..

Drama Adamaya agak tense hari ini. Maya dah menyuarakan hasrat nak minta cerai dengan Adam. Bekas isteri Dani pula makin menekan Dani dengan tuntutan nafkah anak-anaknya. Dan akibat ingin balas dendam, Jasmin kantoikan Dani dan Maya. Akhirnya Dani kena tangkap basah berdua-duaan dengan isteri orang. Adam pula dengan relaks dan tenang membawa pulang isteri. Akhirnya Adam ikut saranan Shahrom untuk menerima tawaran Lisa untuk menjadi travel fotografer. Maka Adam dan Maya akan berpisah buat sementara waktu untuk meredakan ketegangan antara mereka. Bak kata Shahrom, bila berjauhan akan datang perasaan rindu, yang bermakna masih ada cinta dalam hati.

Walaupun mustahil nak jumpa suami se"cool" Adam, tapi alangkah hebatnya seorang lelaki yang begitu. Tapi tak mengapa, drama tetap drama. Jadi kepada wanita-wanita single di luar sana, teruskan berangan. Harap-harap jodoh anda sedikit sebanyak ada sifat-sifat mulia macam Adam tu.. hehe

Oh, aku ingin mengajak semua relaks dan amati kecomelan adik Mia Sara Nasuha, ataupun Amani dalam drama Adamaya ini. Sangat comel apatah lagi dengan rambut begitu. Pasti Mia Sara akan jadi rebutan ramai produser/pengarah filem dan drama. Ada harapan jadi macam Dakota Fanning. Kombi Lisa Surihani dan Mia Sara Nasuha memang terbaik! Comel kuasa dua!

Okay, tengok dulu gambar ini..

kemudian tenung wajah ini


Lebih kurang tak? Comel kan?
Tengok Amani, teringat Boo dari Monster Inc

SOURCE : Gambar screenshot dari TV3.com.my dan Google.com

p/s : terima kasih kepada yang sudi link kepada blog FTN selepas entri semalam. Cuma agak terkilan ada yang copy paste bulat-bulat, tapi...(faham-fahamkan, dan selamat beramal~)

Dah cuba  FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails