Hari ini bakal bermula misi Malaysia untuk merampas kembali Piala Thomas sejak kali terakhir memenanginya pada tahun 1992. Walaupun temasya bermula esok, terus terang aku kecewa dengan promosi yang dilakukan. Agak hambar. Nak mencari logo temasya (seperti diatas) pun sukar. Apakah tiada lansung promosi dilakukan?
Apa pun aku masih menaruh harapan tinggi pada pasukan Malaysia untuk membuktikan sesuatu di hadapan penyokong sendiri. Hari ini Malaysia akan menentang pasukan Nigeria pada pukul 6 petang. Dan menurut berita semalam, pasukan Nigeria masih belum tiba di Malaysia kerana masalah dengan penerbangan mereka. Apa pun, pastinya Malaysia tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Nigeria. Err pernah tengok team Nigeria main badminton??
Inilah dua piala menjadi rebutan, Piala Thomas dan Uber
Barisan Pemain Malaysia untuk temasya 2010 di Kuala Lumpur terdiri daripada :
Lee Chong Wei
Wong Choong Hann
Muhammad Hafiz Hashim
Mohd Arif Abdul Latif
Choong Tan Fook
Lee Wan Wah
Koo Kien Keat
Tan Boon Heong
Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari
Mohd Zakry Abdul Latif
Masih ingat dengan setem peringatan ini? Ini keluaran POS Malaysia sempena kemenangan Piala Thomas pada tahun 1992. Aku pun antara yang membeli koleksi ini, dan masih tersimpan dengan elok di rumah. Pasukan Malaysia ketika itu dibarisi oleh Rashid Sidek, Kwan Yoke Meng, Cheah Soon Kit, Jailani Sidek, Razif Sidek, Foo Kok Keong, Soo Beng Kiang. Jom imbas kembali detik kemenangan Malaysia ketika temasya tahun 1992. (kualiti video agak blur, tapi abaikan saja..dengarkan gemuruh sorakan penyokong Malaysia). Untuk video penuh (7 part) dalam ulasan Bahasa Inggeris boleh lawat laman ini.
Ayuh Malaysia, mari sama-sama sokong pasukan kita!
MALAYSIA BOLEH!!
p/s : ada keinginan nak ke stadium untuk menyaksikan final Piala Thomas. Ingin bersama penyokong di sana mencipta sejarah. Bawa pulang Thomas Cup ke tangan Malaysia!
SOURCE : wikipedia.org, dan imej dari google.com
Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!