Tuesday, May 25, 2010

PROTON Gen.2 With Refreshed Look [Minor Change Model]

Poster terbaru Gen2 with refreshed look

PROTON baru saja lancarkan model hatchback Gen2 dengan sedikit minor change. Ia lebih kepada refreshed look dan sekadar untuk meneruskan momentum penjualan model hatchback itu. Seperti yang semua tahu, tak banyak perubahan pada model ini sebenarnya. Cuma "cosmetic change" dan perubahan kepada variant model dari segi enjinnya. Ini mungkin variant terakhir model Gen2 sebelum dihentikan pengeluaran model yang dibina sejak tahun 2004 ini.

Antara perubahan pada Gen2 Refreshed look ini :
1. Warna Baru - Fire Red, Solid White dengan bumbung warna Hitam
2. Rim Aloi dengan kemasan warna baru
3. Design fabrik dalaman baru (Leather untuk H-Line)
4. Enjin CPS untuk semua variant (H-Line dan M-Line)
5. Harga lebih murah untuk M-Line (kurang RM1,500)

Bumbung hitam sudah menjadi trend sekarang


Harga baru PROTON Gen2 ialah :
Proton Gen2 High-Line AT – RM 60,488
Proton Gen2 High-Line MT – RM 57,488
Proton Gen2 Medium-Line AT – RM 54,988

Warna merah nampak garang

Model Gen2 memang masih diminati di Malaysia. Ramai yang suka design hatchback yang menarik. Cuma mungkin design lampu dan radio yang kurang mendapat tempat di hati peminat. Pada pandangan peribadi aku, kereta Gen2 seperti juga model PROTON lain memiliki "handling" antara yang terbaik kalau dibandingkan dengan beberapa model buatan Jepun. Aku cuma tak suka rear vision yang kurang bagus, terutamanya ketika nak reverse kereta ini. Agak tinggi berbanding model kereta lain. Mungkin sebab design cue nya begitu, nak maintain styling line dari bahagian depan hingga ke belakang.

Apa pun, aku tak sabar menanti beberapa model baru yang bakal di lancarkan oleh PROTON tahun ini.

p/s : Pastinya ramai sudah tahu tentang model baru Persona Replacement yang sedang dibangunkan oleh PROTON. Mungkin model itu akan dijadikan base untuk Gen2 replacement barangkali?


SOURCE : images from google.com

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails