Tuesday, May 11, 2010

Nihongo 101 : Suami dan Isteri

Salam! Ohaiyo Gozaimasu. Hari ini Nihongo 101 kembali lagi. Kali ini aku nak perkenalkan perkataan suami dan isteri. Ini ada kena mengena dengan drama Adamaya juga. Maya isteri Adam. Adam suami Maya, kedua mereka suami isteri. Haa, jadi daripada ayat-ayat itu, mari aku tunjukkan perkataan-perkataan bahasa Jepun yang berkaitan.

Yang pertama, perkataan "Otto" yang bermaksud suami. Karakter kanjinya mudah saja. Ada 4 strok. Jom tengok contoh ayat mudah dari perkataan ini.


Maya-san no otto wa, Adam-san desu.
[Suami Maya ialah Adam]
-no dalam ayat bermaksud kepunyaan.
jadi bila sebut Maya-san no...; ia bermaksud Maya punya...

Perkataan seterusnya ialah "Tsuma". Kalau tadi "Otto" maksudnya suami, kali ini maksudnya isteri. Kalau perhatikan karakter kanji "Tsuma" ada karakter yang bermaksud perempuan iaitu "Onna" (sila rujuk Nihongo 101 : Onna). Jadi bila lihat ada karakter itu, pasti perkataannya ada maksud berkaitan perempuan. Okay jom lihat contoh ayat.


Maya-san wa Adam-san no tsuma desu.
[Maya ialah isteri Adam]

atau pun

Adam-san no tsuma wa, Maya-san desu.
[Isteri Adam ialah Maya]


Okay, perkataan terakhir kali ini. Mari kita cantumkan kedua-dua perkataan di atas. Bagaimana nak menyebut pasangan suami dan isteri dalam bahasa Jepun? Mudah saja. "Fuufu" bermaksud pasangan suami isteri. Bukan taufu tau. "Fuufu".


Contoh ayat seperti :

Maya-san to Adam-san wa, fuufu desu.
[Maya dan Adam ialah suami isteri]

mudah kan?

Itu saja untuk kali ini. Kalau ada yang berminat nak tahu perkataan-perkataan lain, boleh tanya. Kalau ada masa, aku akan terangkan. Sorejya, mata ne! (jumpa lagi)

p/s : jangan keliru, ini bukan tuition bahasa Jepun yang detail habis ya. Ini sekadar suka-suka dan berkongsi pengetahuan saja.


Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails