Monday, May 31, 2010

Cilaka Zionis! Komando Israel Serang Kapal Bantuan ke Gaza, 16 Terbunuh

sumber : Save Gaza

Petang-petang baca suratkhabar online, terkejut baca tajuk berita terkini. Rasa geram dan marah sangat. Cilaka punya Zionis! Mereka serang konvoi bantuan ke Gaza!! Mereka bunuh 16 orang tidak bersenjata!! Mereka cuba menggagalkan usaha bantuan untuk Gaza. Ini bukan bantuan senjata!! Ini bantuan barang binaan, makanan, bekalan sekolah dan lain-lain. Memang cilaka punya Israel. Memang dasar binatang! Bukan setakat menyerang dan menembak aktivis yang tidak bersenjata, malah merampas kapal-kapal terbabit. 8 rakyat negara kita menyertai misi itu, dan 2 dilaporkan gagal dihubungi.

Kita mohon doa semoga mereka semua selamat, dan rejim zionis celaka itu ditimpa bala dari Allah. Kalau dah dasar cilaka, memang cilakalah rejim zionis tidak berhati perut itu. Umat Islam di seluruh dunia juga diseru agar berkumpul dan menyuarakan bantahan terhadap serangan rejim zionis cilaka itu.




INFO : Flotilla bantuan kemanusiaan terdiri daripada 6 kapal dengan lebih 600 aktivis dari 50 buah negara belayar sejauh 400km melalui Cyprus dengan harapan menghulurkan bantuan kepada Gaza. Konvoi sepatutnya dijadualkan tiba hari Isnin.

+ + + + + + + +


Petikan berita dari KOSMO dan video dari Al-Jazeera :
BAITULMAQDIS 31 Mei – Jumlah korban serangan tentera laut Israel ke atas flotila bantuan kemanusiaan meningkat kepada 14 hingga 16 orang hari ini, selepas komando Zionis menaiki kapal-kapal bantuan menuju ke Genting Gaza, dengan tindak balas menentang daripada aktivis pro-Palestin.


Saluran televisyen Channel 10 di Israel melaporkan, enam buah kapal dalam konvoi diketuai sebuah kapal Turki dengan 600 aktivis itu belayar ke Gaza melalui perairan antarabangsa Cyprus semalam. – Reuters


sumber dari Al-Jazeera

Israeli forces have attacked aid ships attempting to break the blockade of Gaza.

Commandos lowered themselves from helicopters and onto the Mavi Marmara - the lead ship in a flotilla of six vessels which are carrying humanitarian aid for the Palestinian territory.

Israeli Army Radio said up to 16 people may have been killed in the operation.

Al Jazeera's Jamal Elshayyal on board the Mavi Marmara sent this report before communications were cut.

SOURCE : KOSMO, Al-Jazeera

Related Posts with Thumbnails