Aksi Rempit V4.5
gambar sumber Google.com
Mulai hari ini, aku dan isteri tak perlu lagi merempit pulang kerana drama Adamaya sudah tidak lagi bersiaran di waktu petang. Seperti yang diiklankan di TV3, drama baru slot Akasia diberi judul "Syah Jihan". Macam kisah Taj Mahal, tapi bukan. Tiada kaitan lansung dengan negara India dan kisah cinta Taj Mahal.
Mari baca sinopsis ringkas ihsan dari web Budiey :
Drama Syah Jihan mengisahkan seorang wartawan penyiasatan, Jihan yang menyamar sebagai dua individu yang berbeza hanya untuk mencungkil rahsia dari Tuan Haris yang disyaki bertanggungjawab ke atas kematian ayahnya. Namun di lema melanda apabila dua wanita muncul dalam hidupnya dan membawa bibit-bibit percintaan sepanjang penyamarannya.Antara barisan pelakon yang membintangi drama Syah Jihan ialah Fauziah Ghous, Kamal Adli, Rizman Khuzaimi, Fiza Elite, Kartina Ayob dan lain-lain. Walaupun aku belum pun tengok episod pertama drama Syah Jihan, tapi aku rasa kurang tertarik sebab ada Fauziah Ghous. Lakonan Fauziah Ghous agak kaku pada pandangan aku. Tengok saja lakonannya dalam Sifu dan Tongga, Penunggu Gunung Raya, Dua Hati Satu Jiwa dan lain-lain.
Jadi kali ini aku akan relaks sikit di waktu petang, kerana tidak teruja nak menulis entri seperti sebelum ini akibat drama Adamaya dan Asmaradana. Hehe.
Tapi jangan lupa, petang ini tiada Adamaya, tetapi Syah Jihan pula!
Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!