Wednesday, May 12, 2010

Jangan Lupa, Hari Belia Negara 2010 hampir tiba!

Seribu Peluang, Sejuta Keriangan!

Hari Belia Negara? Huh?
Seperti yang kita semua sedia maklum, Hari Belia Negara disambut di Malaysia pada setiap 15hb Mei. Bagi Hari Belia Negara 2010, Putrajaya akan menjadi lokasi sambutan. Tema yang dipilih untuk tahun ini ialah "Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara".

Apakah definisi belia? Apakah kita tergolong dalam golongan belia? Sekiranya anda berumur di antara 15 hingga 40 tahun, anda adalah seorang belia. Jadi aku pasti ramai dikalangan blogger yang ada layak untuk digelar belia.
Okay, aku seorang Belia. Jadi?
Golongan belia memang memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Sebagai generasi pelapis, segala idea dan konsep yang kita bawa boleh membawa perubahan kepada masa depan negara. Untuk sambutan Hari Belia 2010 kali ini, sebuah badan berdaftar yang digelar "Information Technology Youth Movement" atau ITYM. Tujuan ITYM ialah untuk menyatukan belia melalui teknologi maklumat. Jadi kita yang menulis blog juga boleh memainkan peranan yang penting.
kaitan ITYM dan bloggers?
Seperti yang kita faham, ITYM menyatukan belia melalui teknologi maklumat. Sempena dengan Hari Belia 2010, ITYM sedang mengadakan satu projek "50 Creative Youth Blog", di mana 50 blog kreatif terpilih akan dipersembahkan kepada Perdana Menteri kita dan pemilik blog terpilih akan mendapat sijil pengiktirafan dari Kementerian Belia dan Sukan. Di samping itu, blog terpilih akan dipamerkan di ITYM.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang berlangsungnya sambutan ini. Antaranya Karnival Jom Heboh TV3, Kejohanan Paintball, Pameran PC Fair, Auto-show, X-Games, Drift Chalenge, Persembahan Indie Band dan banyak lagi.

Harapan aku kepada blogger belia lain, mari sertai beramai-ramai dan memeriahkan lagi sambutan Hari Belia Negara 2010. Disamping menulis blog sambil menyampaikan maklumat, kita boleh meluaskan rangkaian persahabatan kita. Bersama-sama menggerakkan minda, menjana idea, berkongsi pendapat dan menyumbang kepada pembangunan negara Malaysia. Jangan lupa, Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara!



Maklumat lanjut mengenai Hari Belia Negara dan ITYM boleh di peroleh dari sini

Related Posts with Thumbnails