Wednesday, May 5, 2010

My Message to AIDSAware


AIDSAware ialah satu projek untuk menimbulkan kesedaran terhadap penyakit AIDS. Dan Kempen AIDSAware ini bertujuan untuk mengumpulkan 13,000 mesej bagi mengingati 13,000 orang yang sudah meninggal dunia akibat penyakit AIDS ini di Malaysia setakat hari ini. Terdapat pelbagai cara untuk kita bersama-sama membantu kempen AIDSAware ini.

Kita boleh menyebarkan mesej dengan cara-cara berikut :
Ambil foto dengan mesej AIDS Aware ciptaan kita sendiri ataupun menggunakan mesej-mesej yang tersedia dari kempen AIDSAware.
Apabila 13,000 mesej dikumpulkan, satu dinding akan dikhaskan di tempat awam di bandaraya Kuala Lumpur. Semua foto yang diprint akan ditayangkan di dinding untuk berkongsi mesej dengan semua orang.
Tempoh untuk menyertai kempen ini adalah dari 9 Mei. Boleh upload mesej ke dalam album di Ruumz, dan gambar-gambar tersebut akan di cetak dan dinding khas akan disediakan bermula 16 Mei.
Kongsi mesej anda beramai-ramai

Mari kita sebar-sebarkan. 

Tunjukkan kuasa pengaruh blog. Gunakan medium blog sebagai sebaran mesej-mesej kesedaran. Bloggers juga prihatin dengan isu semasa kan? Facebook, Twitter, YM. Use everything. Spread the news! Apa yang penting...KERJASAMA! dan pastikan
1. Elakkan Pergaulan dan Seks Bebas
2. Jauhi Dadah

Ingatlah semua orang yang kita sayangi. "Live Life to The Fullest!", Let's STOP AIDS! Mesej ini perlu diberi penekanan dan disebarkan supaya semua orang tahu bahaya penyakit AIDS ini.





Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails