Thursday, May 13, 2010

Episod Akhir Adamaya : Apakah Kesudahan Cinta Antara Kau, Aku & Dia


Hari ini merupakan episod terakhir drama yang paling mendapat perhatian sekarang iaitu Adamaya di TV3. Drama yang diilhamkan dari Filem "I'm Not Single" ini telah berjaya memperoleh perhatian dan rating yang baik sejak ia ditayangkan. Dengan barisan pelakon yang hebat, comel, dan kelakar seperti Lisa Surihani, Sein Ruffedge, Faizal Yusof, adik Mia Sara Nasuha, Chloe Nicole, dan ramai lagi.

Apa bakal berlaku dalam episod terakhir hari ini? Nasib baik separuh akhir Piala Thomas antara Malaysia dan China dijadualkan esok. Jadi semua dapat menonton drama ini dengan tenang dan feeling sekali. Apatah lagi selepas plot makin memuncak dalam episod semalam. Adam sudah keluar rumah, apabila kecewa dan beranggapan Maya masih mahu meminta cerai darinya. Semua itu merupakan salah faham selepas panggilan telefonnya dijawab oleh Dani secara kebetulan.

Apakah kesudahan drama Adamaya ini? Banyak blog meramalkan kesudahan Adamaya. Macam-macam boleh jadi, umpamanya :

1. Adam mati tatkala mengetahui Maya tidak mahu berpisah
2. Adam ceraikan Maya dan memilih Lisa yang seksi
3. Dani kemalangan dan kereta Caldina dia hancur berkecai (ini mesti kes dengki kereta lawa)
4. Mika mengahwini Maya?
5. Maya lari ke kampung orang asli tetapi Amani tinggal dengan Adam
6. Adam dan Maya tidak bercerai, dan senyum waktu ending (cliche habis)
7. Maya tiba-tiba beritahu Adam yang dia mengandung lagi
8. Tulislah apa korang nak. Amani lari rumah??
9. Ada sambungan drama, tajuk Sarom (Sarah + Shahrom)??

Apa pun, jom recap balik episod semalam. Kita tengok scene-scene terpilih


Mamat selenga, si Dani sedang provoke Adam

"Talk to the Hand!", Maya mengamuk lepas Dani marah Amani

Pasangan kelakar! Memang menjadi lah Mika..lawak siap dengan
memek muka sekali. Penuh perasaan!!

Maya geram kat Dani lepas kejadian dengan Amani tu

Ini part serius, bila Adam decide nak keluar dari rumah
buat sementara waktu, dua-dua muka sedih gila

First time muka Lisa Surihani berkerut dalam drama Adamaya,
ekspresi boleh diterima. Good Job.

Jadi apakah kesudahan drama ini?? Pasti kita tidak sabar nak tonton bagaimana kreativiti pengarahnya membawa kesudahan Adamaya. Yang pastinya, lagu Dakmie - Yang Terindah akan berkumandang di akhir drama (ini sudah tentu lah kan??)

Dan aku yakin, Drama Adamaya akan diulang tayang semula. Sama seperti Nur Kasih yang sudah 2 kali ulang. Kalau boleh, buatlah tanpa iklan macam Nur Kasih dulu. Meletuplah nama Lisa Surihani lepas ini, dan tak lupa juga adik Mia Sara Nasuha yang comel gilaa tu!

SOURCE : imej dari TV3.com.my

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails