Thursday, May 13, 2010

Keputusan Penuh Suku Akhir Piala Thomas 2010 : Malaysia vs Denmark

Malaysia [3] vs Denmark [2]

Lee Chong Wei tewaskan Pete Gade
21-17, 21-17

Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong tewaskan Carsten Mogensen/Mathias Boe
21-17, 21-19

Wong Choong Han tewas kepada Jan Ø Jørgensen
20-22, 21-16, 18-21

Mohd Zakry Abdul Latif/Thien How Hoon tewas kepada Lars Paaske/Jonas Rasmussen
26-24, 12-21, 19-21

Mohd Hafiz Hashim tewaskan Joachim Persson
21-12, 21-10

Perlawanan yang amat penting kepada pasukan Malaysia. Setelah mendahului 2 mata dengan kemenangan mudah Lee Chong Wei dan pasangan Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong, Malaysia meniti jalan sukar apabila tewas 2 perlawanan berikutnya. Wong Choong Han dan pasangan baru Zakry Latif/Thien How Hoon walaupun tewas tetapi telah memberikan persembahan yang hebat sehingga bermati-matian hingga ke rubber set. Game penentuan menyaksikan Hafiz Hashim bangkit daripada kekecewaan semalam dan beraksi cemerlang menewaskan Joachim Persson dengan 21-12, 21-10.

Dengan keputusan itu, Malaysia bakal berhadapan musuh ketat China pada perlawanan akhir yang dijadualkan hari Jumaat ini 14 Mei 2010. Ayuh beramai-ramai memberi sokongan padu kepada Malaysia. Semoga semangat kental 1992 meresap ke semua pemain Malaysia. Ingat sorakan 1992, hayati sorakan 1992, pastikan ia berulang lagi!

Steady Hafiz!! Kamu memang Hero Hindustan..muka kena ganas sikit weh


SEMI FINALS - MALAYSIA vs CHINA 
(JUMAAT 14 May 2010)
MARI RUNTUHKAN TEMBOK BESAR CHINA
AYUH BERAMAI-RAMAI SUPPORT MALAYSIA!!

Related Posts with Thumbnails