Salam! Konbanwa. Jom belajar perkataan baru bahasa Jepun malam ini. Kebetulan aku baru saja pulang dari job fotografi perkahwinan. Jadi kali ini perkataannya aku kaitkan sedikit dengan fotografi. Tiga perkataan semuanya hari ini.
Perkataan pertama ialah "Syashin". Maksudnya ialah gambar atau foto. Dalam simbol kanjinya ada terdapat kanji yang bermaksud mata. Maka secara asasnya perkataan ini ada kena mengena dengan penglihatan, atau dengan kata lain melihat.
Seterusnya kita tengok perkataan "Toru". Ini bukan nama orang ya. Ini maksudnya mengambil (biasanya dikaitkan dengan foto). "Toru" sebenarnya ada banyak maksud, dan bergantung kepada simbol kanjinya. Walaupun maksudnya ambil, tapi untuk kanji di bawah ini maksudnya khusus untuk foto. Sebutannya sama juga jika merujuk kepada mengambil barang, mendapat mata (score), dan lain-lain. Tapi tak mengapa, kita fokus pada gambar dulu.
Contohnya :
Syashin wo torimasu!
[Ambil gambar!] - biasanya disebut bila nak ambil gambar foto ala-ala sebut "Cheese!"
Syashin wo totte kudasai
[Tolong ambil gambar] - bila nak minta tolong orang lain ambilkan foto
Kono syashin kireidesu
[Cantik gambar ini]
Yang terakhir malam ini, "Syashinka". Cuma tambah "~Ka" di belakang perkataan pertama tadi. Penambahan itu sudah menukar maksud kepada jurufoto, atau pakar fotografi. Jadi kepada mereka yang merupakan fotografer sepenuh masa, kalau ada orang Jepun yang bertanya apakah kerjaya anda, bolehlah menjawab "Syashinka". Mesti dia kagum dengan korang.
Jangan lupa ulang semula perkataan-perkataan Jepun lain sebelum ini di Nihongo 101!
Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!