Friday, May 21, 2010

Drama Roh Kembali...ganti Penunggu Gunung Raya (Slot Seram TV3)



Mulai 20 Mei, sebuah lagi drama baru bakal memenuhi slot Seram di TV3 menggantikan drama Penunggu Gunung Raya yang baru berakhir. Drama 13 episod yang diberi tajuk "Roh Kembali..." bakal membawa penonton dengan cerita baru mengisahkan tentang kewujudan roh. Drama "Roh Kembali..." diarahkan oleh pasangan Jingo dan Shiela Rusly ini serta dibarisi oleh pelakon yang hebat antaranya Fizz Fairuz, Lisdawati, Rozie Rashid, Zamarul Hisham, dan lain-lain.

Menurut laporan MStar, drama "Roh Kembali..." ini banyak mengisahkan tentang Qarin, iaitu roh-roh jahat daripada kalangan makhluk halus yang selalunya menemani manusia sejak dari kelahiran seseorang bayi sehinggalah dia meninggal dunia.
Jom baca sedikit sinopsis drama "Roh Kembali..." yang aku petik dari laporan Mstar
Roh Kembali… mengisahkan tentang Zaidi (Fizz), seorang pemuda yang baik dan amat menyayangi isteri dan anak lelakinya. Namun, Zaidi sebenarnya terlibat dalam sindiket jenayah terancang tanpa diketahui oleh keluarga dan rakan baiknya.

Walaupun Zaidi hidup dalam kemewahan, dia sering dihantui oleh roh orang mati. Semenjak itu, kehidupan Zaidi tidak pernah tenang oleh kerana dosa-dosanya.

Zaidi sering ternampak roh Lilian yang merupakan perempuan simpanan Tauke Boon yang sudah mati berkeliaran di rumah, pejabat atau di mana jua tempat yang dia pergi.

Dia menjadi lebih tertekan apabila jirannya, Roslan (Zamarul) terbunuh terkena peluru sesat semasa insiden Zaidi sedang bergelut dengan musuhnya.

Zaidi rasa bersalah atas apa yang berlaku terutama sekali apabila isteri Roslan, Maheran (Sheila) terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan.

Akhirnya, Zaidi didakwa atas kesalahan membunuh Roslan. Isterinya, Zahirah (Rozie) terpaksa menghabiskan wang untuk mengupah peguam handalan Azrin (Lisdawati) demi membebaskan suami yang tercinta.
Kalau takut, jangan teruskan..



Huuuuuuuuuu!!! Teringat drama Kekasihku Seru

p/s : sedang tonton episod pertama sambil tulis ini. Harap-harap tidak mengarut sangat macam Penunggu Gunung Raya yang tiada ending itu.

SOURCE : Mstar Online

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog! Jangan tanya pasal hantu tau!

Related Posts with Thumbnails