Wednesday, December 2, 2009
Nur Kasih Special - Part 1
Ini bukan episod special Nur Kasih ya. Ini entry khas aku dedicate untuk drama 26 episod yang berjaya menarik minat aku (yang kurang follow drama bersiri Melayu sebenarnya). Ala-ala tribute to Nur Kasih lebih kurang. Sebab drama berbahasa Melayu, lebih mudah aku cerita dalam bahasa Melayu juga.
Nur Kasih. Dua perkataan yang menjadi perbualan hangat sejak kebelakangan ini. Lihat saja result hasil dari Google perkataan tersebut.
Berjuta beb! Mungkin sesiapa saja yang meletakkan perkataan Nur Kasih dalam blog/entry mesti dapat traffic yang menggalakkan. (Jumlah result google pasti sudah meningkat kerana screenshot diambil 2 hari lepas)
Aku bukan apa, drama Nur Kasih baru saja menutup tirai jumaat lalu (27 Nov), setelah berminggu aku dan isteri tanpa gagal mengikuti drama berunsur kasih sayang + islamik ini. Tak pernah aku begitu seronok mengikuti drama Melayu. Sebabnya stesen TV di Malaysia ini dipenuhi dengan drama Melayu yang cliche, predictable, tak realistik, polis yang tak pandai pegang pistol, keluarga kaya berkereta Toyota Celica, jiwang tak bertempat, runut bunyi tak menarik, lawak yang tak berapa nak lawak, hero capek dan sebagainya. Nampaknya dah hilang rasa suspen tiap jumaat menunggu drama Nur Kasih..hehehe. Mungkin suspen tunggu Filemnya pulak?
Nur Kasih diarah oleh seorang pengarah yang hebat. Khabir Bhatia. Walaupun seorang kelahiran New Delhi, namun karyanya hebat-hebat belaka. Filem-filem yang diarah oleh Khabir semua sudah aku tonton. Cinta, Sepi, dan Setem. Drama yang pernah aku layan pula Manjalara, Kekasihku Seru dan of course; Nur Kasih (bayangkan suara Yasin). Skrip drama pula ditulis oleh isterinya sendiri Mira Mustaffa.
Persamaan yang aku rasa wujud antara kesemua filem dan drama di atas; Sinematografi yang hebat. Angle yang menarik, pertukaran plot yang teratur, pelakon dan situasi yang dekat dengan realiti (tak ada kereta mewah, perempuan seksi, gangster etc). Dialog-dialog ringkas tapi berjaya samada yang menyentuh perasaan atau komedi sinis.
Pasti ramai yang bersetuju bahawa semua drama-drama Khabir Bhatia yang ditayangkan di TV mendapat sambutan. Apa agaknya genre yang bakal dibawa dalam masa akan datang?
akan bersambung dalam entri seterusnya.
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan