Showing posts with label Afdlin Shauki. Show all posts
Showing posts with label Afdlin Shauki. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

Koleksi Trailer Filem Baru akan datang 2011

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit
Dari pengarah filem Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid kembali dengan filem terbaru. Masih di Kampung Pisang, tapi kali ni cerita pasal Husin lagi banyak kut. Ntah bila nak ditayangkan..tunggu jer ler.




Sekali Lagi
Filem dari Metrowealth. Barisan pelakon terdiri dari Malaysia's sweetheart Lisa Surihani, Artis paling popular 2010 Sam Shaheizy, dan pelakon comel adik Mia Sara Nasuha. Cerita pasal Sam yang berlakon sebagai seorang yang kebudak-budakan dan IQ yang rendah..alaa ni macam filem Jack lakonan Robin Williams tu kut. Bakal ditayangkan 30 Jun 2011. Tak lama dah ni..




Hantu Bonceng
Ni konfem pecah perut. Filem komedi seram dari pengarah Ahmad Idham. Tapi yang bestnya sebab pelakon utama ialah Zizan Raja Lawak. Heroin plak Juliana Evans. Sebab tu diorang berdua ni kena gossip..sebab berlakon sama-sama. Cerita pasal mat rempit yang kena kacau dengan hantu (lakonan Juliana Evans). Tengok je la trailer dia. Tarikh tayangan masa Raya nanti..31 Ogos 2011.




Tolong Awek Aku Pontianak
Filem ni macam klakar je aku tengok. Barisan pelakon pun menarik. Ada Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Afdlin Shauki, Bell Ngasri, Harun Salim Bachik, Nurul Wahab, dan Jehan Miskin. Cerita ala-ala twilight la kut. Tapi since barisan pelakon tu klakar-klakar belaka, I bet this could be an interesting movie to watch. Coming soon 7th July.




Flat 3A
Flat 3A. Satu lagi cerita seram dari Metrowealth. Rajin benor buat cerita seram. Kali ni pelakon utama Intan Lydiana dengan sorang lagi aku tak kenal siapa. Standard cerita seram, gelap gelita, ada hantu budak dan sebagainya. 14 Julai depan akan muncul di pawagam..2 minggu lepas tu keluar ASTRO First, 2 minggu lagi keluarlah DVD..hahaha




8 Jam
Aaa ini satu filem misteri aku jumpa trailer dia kat youtube. Ini pun Metrowealth punya, sebab hero dia Shaheizy Sam, arahan Ahmad Idham. Cerita ala-ala Ong Bak dan banyak aksi macam filem Thailand. Kejar-kejar, gaduh, golek-golek. Overall dari Trailer nampak dramatik. Mana taknya, diorang guna khidmat stunt director yang pernah kerja dengan Tony Jaa untuk filem Ong Bak tuuu. Tak sure bila akan ditayangkan, tapi most probably dalam tahun 2011 jugak!



Wednesday, May 5, 2010

Kantoi Whatever Video dan Keyword Terpanjang Pernah Aku Dapat (Memang Panjang Gila)

Rentetan dari entri mengenai AIM17 yang aku miss dan Kantoi Whatever yang kelakar habis dari Afdlin Shauki, kali ini aku sertakan sekali video dari youtube (amier135) untuk tatapan mereka yang miss persembahan kelakar tersebut. Banyak lagi yang kelakar dari Afdlin pada malam itu seperti Kemarau (parody Hujan) dan lain-lain tapi aku pasti Kantoi Whatever merupakan "highlight" malam itu. Pastinya Zee Avi akan teringat lagu ini sampai bila-bila (termasuk kita semua)



Tuesday, May 4, 2010

Kelakar Habis!! Kantoi Whatever Lyrics - Dari Afdlin Shauki (AIM 17)

Kesian aku tak dapat tengok AIM dari mula. Tak dapat berlumba-lumba dengan Zara, Jard, Aidi Safuan dan lain-lain untuk update pemenang AIM. Al-maklumlah, SEO hangat tu malam tadi. Pasti ramai mencari-cari keputusan semalam. Tapi apa pun, tahniah kepada Yuna, dan Faizal Tahir!! Yang artis pakai "tudung" ntah apa-apa tu aku tak perlu congrats. Boring! Haha

Aku sempat juga melihat persembahan Zee Avi dengan make-up luar biasa dia itu. Hebat juga AIM sanggup bawa Zee Avi dari Amerika untuk buat persembahan malam tadi. Dia memang sempoi semasa menyanyi.

Zee Avi dengan Ukulele elektriknya..unik! 


Friday, April 2, 2010

Pelawak Din Beramboi Meninggal Dunia Jam 12.30 malam akibat Denggi Berdarah, Al-Fatihah..



Ini bukan lagi lawak, ia kenyataan. Merujuk kepada status Facebook Afdlin Shauki, Din Beramboi telah pergi meninggalkan kita kira-kira jam 12.30malam, Jumaat 2hb April 2010 bersamaan 17 Rabiatul Akhir. Seluruh ahli keluarga berada di sisi arwah ketika itu termasuk isteri dan tiga orang anaknya.

Abang iparnya telah mengesahkan arwah meninggal dunia akibat Denggi Berdarah atau Shock Dengue Fever, walaupun sebelum ini pelbagai spekulasi tentang penyakit arwah timbul. Al-Fatihah kepada arwah, dan takziah kepada ahli keluarga Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Arwah berusia 44 tahun. Arwah akan dikebumikan di tanah perkuburan Taman Ihsan, Kepong sebelum solat Jumaat.

Sebagai seorang peminat beliau, sudah pasti ia satu kehilangan besar di Malaysia. Masih teringat gelak ketawa menonton gelagat arwah dalam rancangan bersiri Spontan bersama rakan-rakan lain seperti Afdlin sendiri, Zizan, Nabil dan lain-lain. Paling tidak boleh lupa, klip video arwah bersama dengan Afdlin Shauki ketika parody lagu Ah Long Bukit Beruntung.

Dan sudah pasti, temannya di konti radio Aznil Hj. Nawawi akan merasa sunyi selepas ini kerana setiap pagi biasanya dia ditemani dengan gelak ketawa arwah Din Beramboi. Pastinya riuh pagi di Era.fm mungkin tidak lagi seriuh dulu..

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Related Posts with Thumbnails