Showing posts with label Hisap Rokok. Show all posts
Showing posts with label Hisap Rokok. Show all posts

Wednesday, November 5, 2014

Harga Rokok Naik. Ini Komen Rakyat Marhaen...

"PADAN MUKA, awat tak naik 18 hengget?"

Thursday, September 23, 2010

Kecelakaan Continues

Imagine. (background music : Imagine - John Lennon)

Bangun awal untuk sahur dengan gembira, menikmati hidangan telur mata kerbau diapit dengan roti gardenia fluffy. Dua keping daging kicap masakan mak aku masa raya diselitkan ala prosperity burger.

BlackBerry, mandi, Subuh dengan gembira. Terus bersiap-siap dan tak lupa memicit dua kali picu minyak wangi CK ke badan. Wah sungguh gembira dan bersemangat untuk ke tempat kerja.

Keluar dan mengunci pintu rumah. Menuju ke lif dengan gembira sehingga......

Ting! Lif sampai


Wait for it...


Photobucket
BWAAAARGHHHHH!!! 

ASAP! ASAP!

Waddehel. Pagi-pagi aku disambut dengan asap rokok. Ada la dalam 4 orang kut pemuda harapan bangsa dengan loghat yang terkenal, baru selesai merokok. Lif tu berbau kepam siot. Abu rokok masih segar di lantai lif. Nak tak nak aku dan wife kena masuk, sebab nak tunggu next lif memang lambat. Tengah morning rush kan.

Pffftt!! There goes my CK perfume smell!! Cilakaa aaa wehhh. Lif bukan tandassss!!!

Photobucket
Yeah Dude. Angry. ANGERY!

Tuesday, September 21, 2010

Lif Tak Sama Dengan Tandas

Photobucket
Poster menarik sebagai intro hari ini
(untuk rekod, impotence bermaksud pucuk yang kematian)

Aku tak kisah orang merokok. Aku cuma ada isu dengan perokok yang tak hormat orang lain yang tidak merokok. Faham tak? Ramai dikalangan kawan-kawan aku yang merokok. Tapi yang bagusnya mereka merokok dengan berhemah. Tak sembur asap depan muka orang, tak merokok kalau ada budak-budak berdekatan (atau anak-anak diorang), dan paling macho sekali tidak merokok di dalam lif.

Semalam ada seorang insan kurang macho. Ketika itu lif on the way turun. Dekat skrin nombor dah beransur dari 3,2 dan nak sampai ke ground floor. Insan kurang macho yang sedang tunggu lif sama aku ni dengan hampehnya menyalakan rokoknya. Sungguh faktap disitu.

Aku dengan wife yang dok tunggu ni terus tak jadi masuk disebabkan mamat tak macho tu yang masuk dengan rokok menyala dan hidung berasap macam ekzos lori hantu. Kami siap buat body language menyampah (tapi bukan gedik), sambil mengeluarkan sound efek "Hisshh apa ni nak masuk lif hisap rokok!". Tak pastilah kalau otak dia boleh digest perbuatan aku tu.

Di sini aku syak, dia gagal membezakan dua situasi yang berlainan. Aku tau perokok suka merokok di dalam tandas. Especially ketika buat projek besar-besaran. Dalam tandas tu takpelah lagi (walaupun sebenarnya tak boleh merokok), sebab ko masuk tu tandas sorang-sorang. Tapi dalam lif tu beramai-ramai. Budak-budak ada, perempuan mengandung ada, Indon tukang sapu pun ada. Pakai la otak sikit. Hisaplah rokok lepas keluar dari lif, bukan semasa dalam lif! Be rational la weh. Please..

Photobucket

Besar lebih kurang, tapi tandas tu kau masuk sorang-sorang!

Monday, August 9, 2010

Kalau kat Central Market Buat Camni, Hebat Tak?


Mesej yang jelas dan nyata

Friday, May 7, 2010

Perempuan dan Rokok : Cegah Sebelum Padah

Salam. Dah lama aku tak berbicara tentang isu-isu yang berlaku disekeliling aku. Asyik-asyik drama, Lisa Surihani, Lisa Surihani dan.. Lisa Surihani. Sekali-sekala kena juga hidangkan isu-isu untuk dibincangkan bersama. Kalau tak, kenalah tukar title blog kepada "From The Lisa Surihani" pula kan? Haha.


Ok, let's go straight to the point here. Aku tak suka lihat perempuan yang merokok. Terutamanya wanita-wanita melayu yang sepatutnya kelihatan anggun dan cantik tetapi dicemari asap rokok. Apakah merokok sudah menjadi gaya hidup para wanita (terutamanya Melayu) di Malaysia ini. Apakah perlu hisap rokok untuk nampak cool? Bagi aku, perempuan yang merokok lansung tidak cool, malah tidak ayu lansung walaupun mempunyai bentuk badan "hot stuff" macam Jessica Alba. Tak manis lansung melihat wanita-wanita sekarang mengeluarkan kotak rokok dan lighter dari dalam handbag setiap kali melepak di kedai mamak dan sebagainya. Not Cool ok! especially budak-budak student. Habis stress sangatlah study tu sampai nak tarik asap puas-puas?

Related Posts with Thumbnails