Showing posts with label Ulasan. Show all posts
Showing posts with label Ulasan. Show all posts

Tuesday, December 16, 2014

Review Filem Melayu Yang Ada Pelakon Cun Seperti Fazura : Manisnya Cinta Di Cappadocia



Dah lama aku tak menulis review Filem. Lebih-lebih lagi filem Melayu. Bukan apa, panggung kat Malaysia ni sentiasa sarat dengan Filem Melayu Seram, Horror, Menakutkan, Tembak-tembak, CGI letup tak jadi, Horror, Seram, Gengster, Horror, Seram, Lawak Seram, Hantu, Lawak Hantu dan filem Seram semata-mata.

Kali ini, Bernard Chauly (Pisau Cukur, Istanbul Aku Datang) kembali lagi selepas 2 tahun dengan masterpisss filem romantik featuring gadis-gadis Melayu yang cantik serta lokasi penggambaran yang sangat indah. Get it? Gadis cantik + Lokasi indah.. memang kombinasi yang manthap.

 photo manis6_zps65e717f2.jpg
Oh manisnya dia..

Mai sini aku copy paste sinopsis cerita ni..
A girl decided to break up with her long-time boyfriend when she realises her boyfriend is having an affair. Then she met another guy but was heartbroken when she finds out that he is married. Meanwhile, widower to her late sister proposes to her. Will she except or persists to find her true love?
Haa nampak tak tahap malasnya aku. Sinopsis dalam english. Barulah international sikit. Kalau tak faham, biar aku translate sikit:

 photo b7e4501c-7767-41f7-811e-b7fe182eb0fb_zps6e3c392e.png
Manislah woi

Fazura cun giler dan sedang mencari cinta di Cappadocia. Cappadocia tu terletak kat Turkey.

Ok?

Disebabkan aku tak nak spoiler citer ni, aku kasi rating terus lah. 

aku dengan selamba badak kasi filem Manisnya Cinta ni....

Highly recommended. Genre romantik sambil dihidangkan dengan scenery cantik masyaAllah negara Turkey. Line up semua hebat seperti Fazura, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Eja, Faizal Hussein, Zaibo, Fauziah Ahmad Daud, Josiah Hogan etc.

 photo 7bc28cc3-ccf3-4ed9-8cd2-69a4e71de750_zps2791f162.png
aww meng..manis siot

Saturday, May 15, 2010

Kempunan Piala Thomas, Di Mana Silapnya?

Kehampaan pada wajah Lee Chong Wei
gambar kredit pada Utusan Malaysia

Salam kepada semua pembaca FTN. Selamat Hari Belia, Hari Guru, dan berhujung minggu.

Seperti kita semua sedia maklum, semalam pasukan Malaysia tewas dengan mudah kepada China 3-0 dalam persaingan separuh akhir Piala Thomas 2010. Lebih menyedihkan lagi, Malaysia tewas di hadapan jutaan penonton yang menonton secara lansung di TV1, TV3, ASTRO dan ribuan lagi yang menyokong di Stadium Putra semalam. Kecewa memang kecewa, apatah lagi bila bermain di tempat sendiri. Tetapi kita tetap perlu bergerak ke hadapan.

Kalah atau menang adat pertandingan. Kita tidak boleh menyalahkan pemain 100 peratus. Mereka sudah cuba sehabis baik. Janganlah pula sorak bila menang, maki hamun bila tewas. Pada pandangan aku, ada beberapa faktor yang perlu di beri fokus untuk meningkatkan prestasi sukan badminton di Malaysia.

Related Posts with Thumbnails