Monday, August 16, 2010

Entri Selepas Bangun Sesudah Sahur : Kenapa Nur Kasih Tak Membosankan Aku


Nuurrr..Nuuuurr Ya Kasihhhh (suara Yassin terngiang-ngiang di telinga)

Sahur tahun ini diceriakan dengan ulang tayang drama Nur Kasih. Walaupun masa itu siri drama itu sudahpun masuk pertengahan cerita. (mungkin kebetulan terkena bulan Ramadhan). Masuk kali ini sudah tiga kali rasanya menonton Nur Kasih di kaca TV. Kenapa tidak bosan?

Faktor Khabir Bhatia
Ini semua sedia maklum, dia ada golden touch. Karya dia mesti lain dan lain. Among the best directors selain arwah Yasmin Ahmad, Afdlin Shauki dan lain-lain. Filem Sepi, Cinta dan Setem memang best! Cinematografi dalam filem-filemnya pasti ada keunikan tersendiri. Err..cuba try compare dengan Sembilu, Sembilu 2, Sembilu 3, Sembilu Lagi, Sembilu The Return, Sembilu 0 dan segala macam karya Yusof Haslam.

Runut Bunyi Yang Menggoda
Lagu Nur Kasih walaupun berkali-kali dengar, tapi tak menjemukan. Tak tau lah sama ada sudah dirancang atau tidak, lagu dan drama Nur Kasih sangat ngam sekali.

Dialog Tak Skema
Simple...untuk memudahkan cerita, mari kita bandingkan dengan dialog cerita Yusof Haslam. Nur Kasih vs Gerak Khas, Sembilu Kasih, Sembilu-bilu, Janji Diana, Janji Maniam, dan macam-macam lagi.

Dekat dengan realiti
Kenapa aku kata begitu? Sebab kebanyakan drama bersiri tempatan sangat plastik. Contoh paling mudah...hmm apa lagi kalau bukan drama Yusof Haslam. Biasanya ada rumah banglo yang besar dengan swimming pool, watak utama pandu kereta mewah, watak penggoda biasanya seksi skirt pendek ketat, banyak adengan di Disko, ada gengster yang tak reti pegang pistol dengan betul, ringtone telefon yang tipu sekali, dan banyak lagi.


Tengoklah intro cerita Sembilu Kasih ini. Kereta bajet mahal, nak cabriolet pula tu. Shot nak ambik kat Putrajaya manjang. Pastu rumah besar gila babeng. Nak introduce barisan pelakon pun macam catwalk fashion show. Sumpah geli.

Pelakon Baru Tapi Berkesan
Lupa nak tulis tentang para pelakonnya. Walaupun Tiz Zaqyah (seorang muka baru) tetapi menggalaskan tugas pelakon utama. Namun dia berjaya membawa watak Nur Aminah dengan mantap sekali. Fizz Fairuz, dan Remy Ishak pun berjaya membawa watak yang lain daripada watak-watak mereka sebelumnya. Tak sangka Fizz Fairuz yang selalu berlakon jadi gangster dengan perangai gila-gila boleh jadi seorang yang cool, down to earth dan bercakap dengan intonasi yang macho sekali.

Agaknya macamana versi Filem nanti ye

8 feedbacks:

shaffique said...

faktor tiz zaqyah. haha.


My latest entry : Jika Video Game Sekarang Dimainkan Pada 20 Tahun Lalu

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehehe~

kamu memang suka Tiz~

XD

tapi ku tengok Nur kasih sebab Khabir Bhatia~ aku follow dia sejak cerita CINTA, so, aku percaya dengan shoot2 dia memang terbaik~

Taman Tasik Taiping jadi superb dalam Sepi~
Weee~

Cool beliau~

Nadiene said...

paling penting citer tu semua pandai berlakon, heee

Jemputan kontest:
kontest contact lens hari raya

azieazah said...

Aduhhhh semua alasan awak tu sangat best dibaca kerana semua Kak Azie setuju...!!

especially when U buat perbandingan dgn pengarah juta tuh. Sangat tepat! hehehehe

Benar sekali, Fizz Fairuz dalam drama tu sungguh membuat orang jatuh cinta dengan lesung pipit mahal nyer itu. Aduhhhh!

Kami pun tiap kali sahur mesti tengok punya lahhh!

Unknown said...

jalan cerita dia bes...sedap di tengok...theb,pelakon dia bes2...diorg menghayati watak tu..tak la nmpak macam plastik sgt..

Unknown said...

Jalan cerita memang lain dari yang lain . Citer melayu nie penuh dengan jalan cerita rebut harta jer.

http://touyakaruma.com/blog/

firahadifa said...

aku penah kate kat ko ke ,

cousin aku kate muka ko macam remy ishak .

kekekekeke..

FTN said...

ramai orang kata gitu..

aku redha jek..


Hahahaha

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails