Wednesday, August 18, 2010

Rezeki Ramadhan : Cek Mek Molek

Alhamdulillah, baru selesai bersahur dan azan subuh sudah berkumandang. Hari ini sudah masuk hari ke-8 dalam bulan ramadhan. Semalam seperti yang aku ceritakan, aku dapat berbuka puasa di tempat kerja bersama-sama Imam Muda Asyraf, dan juga Tun Dr. Mahathir. Walaupun bukan semeja, maksudnya dalam satu majlis yang sama lah. Cuaca hujan dari pagi hingga ke petang (yang paling lebat di bulan ramadhan ini) mendinginkan suasana semalam. Sejuk sangat.

Apa pun, seronok dapat lihat idola aku berada di depan mata masih bertenaga untuk memberi ucapan sambil meluangkan masa untuk berbuka bersama-sama di tempat yang menjadi idea cetusan beliau sendiri lebih 25 tahun dahulu. Tun seperti biasa hadir dengan baju melayu dan kain pelikat saja. Sempoi!

+ + + + + + +

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah, bulan ini dapat juga aku merasa cek mek molek yang pertama. Tapi jangan konpius ok. Ini bukan cerita pasar ramadhan. Dan bukan lagu M. Daud Kilau. Tapi..

Photobucket
Bukan cerita kuih juga

Yaa..cerita tentang "Cek Mek Molek" pertama aku dari Nuffnang! Jumlahnya tak banyak mana pun. Tapi sebagai langkah pertama oklah kan? Adalah duit poket sikit untuk belanja menjelang raya nanti. Apa yang aku boleh simpulkan disini, kalau ada usaha adalah hasilnya. Ini bukan scam 12dailypro macam yang MatJoe cerita tau. Hehe

Photobucket
cek pertama dari Nuffnang!

p/s : tak boleh buat isi minyak kereta, sebab 1 1/2 tangki je dapat pun, tapi kalau buat beli makan boleh isi 5-6 perut!

Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

6 feedbacks:

azieazah said...

Kak Azie pun minat kuih ni, bila gigit dalam dia manis. Kuih tradisional Kelantan nih.

Aik... takkan sepinggan tu makan sorang?

maslinamansor said...

Raya sakan la kali nie yer... :)

Bro Framestone said...

tahniah beb...

berapa la die dapat ek huhuu

BroFramestone Blog

Hazzy Ishak said...

nak duit raya!!!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

sedapnya!

yeay!!

nak duit raya gak!

Jard The Great said...

alamak.. mengiurkan la gmbr kuih tu.. huk huk..
tahniah atas cek =)

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails