KUALA LUMPUR - Berita baik bagi penggemar tongkat Ali apabila teknologi masa kini mampu menghasilkan kandungan bioaktif tiga kali ganda lebih tinggi berbanding akar tongkat Ali semula jadi.
Lebih menarik, kandungan bioaktif itu mampu dihasilkan dalam tempoh enam bulan berbanding tujuh hingga lapan tahun jika menunggu akar tersebut tumbuh seperti biasa.
Pergh Hebat! Tahniah kepada para penyelidik tempatan dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) kerana berjaya menghasilkannya dengan meningkatkan komponen bioaktif sebanyak tiga kali ganda menggunakan teknik bioreaktor.
Walaupun ia masih belum boleh didedahkan kepada umum, tapi aku boleh bayangkan sambutan terhadap minuman pra-campur tongkat ali selepas ini sekiranya Tongkat Ali Superpower ini dikomersilkan. Agaknya iklan TVnya nanti akan guna khidmat Incredible Hulk sebagai model, dan ending iklan rumah akan rabak runtuh segala. Haha
Bercakap mengenai minuman pra-campur, apakah ia satu keperluan? Atau pun sekadar mindset kita. Aku tengok golongan muda pun sibuk minum teh/kopi tongkat ali. Perlu kah? Dan kadang-kadang di ofis pun, ramai yang bawa 3in1 dari rumah dan bancuh di ofis. Baunya saja pun dah bikin aku pening!
+ + + + + + +
Terjumpa pula parody iklan tongkat ali. ini mesti budak-budak UITM buat. Lawak la pulak. Kalau pakcik tu real sikit, mesti hebat! Atau mungkin pakcik tu bertukar menjadi Incredible Hulk ke..nasib baik rumah batu, kalau tak mesti goyang punyaaa.
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!
4 feedbacks:
baby aku tak leh engok iklan super power tue. Takut kat jin hijau tue...
Hari tue ada kuar berita pasal 3 in 1 tak elok... jadi jangan kita gunakan sangat 3 in 1 tue...
kalau minum sekali sekala tak pe kot, lagi pun kena kurangkan kandungan gula minuman tu.
semua gimik..
manfaatkan bioteknologi utk hasilkan produk yg murah ok la..
minum kacip fatimah/tongkat ali bila nak study malam. konfem jaga x tdo2.
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan