Thursday, August 19, 2010

Sembang Sahur : Durja Ningsun Pula Muncul, TV3 tak habis-habis lagi

Photobucket


Tak habis lagi rupanya kisah seram di Malaysia ini. Aku ingatkan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini TV3 nak stop tayang cerita seram sekejap. Rupanya tidak. Malam ini nak tayang lagi drama seram terbaru bertajuk Durja Ningsun. Tak paham aku tajuknya. Nama awek mana lah Ahmad Idham guna ni.

Cerita berunsur seram ini memanglah best kadang-kadang, tapi yang peliknya di Malaysia ini dah jadi trend. Tiap-tiap minggu di malam Jumaat pula tu. Aku rasa drama seram TV3 patut ditayangkan dalam satu tempoh je, tak perlu setiap minggu dari awal tahun sampai hujung tahun.

Mengarutlah cerita-cerita seram ini. Kalau aku ada anak nanti, aku ban TV3 setiap malam Jumaat kalau mereka masih tayang cerita seram ini. Bukan takat TV3, TV1 dan TV2 pun. Walaupun drama seram mereka kelakar kalau nak compare dengan di TV3. Apa pun drama-drama macam ini merosakkan pemikiran budak-budak je. Tak pasal-pasal dok cerita hantu dengan kawan-kawan kat sekolah.

p/s : daripada tayang cerita seram, aku lebih rela TV3 ulang Nur Kasih tiap-tiap malam jumaat. Haha


Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

3 feedbacks:

azieazah said...

Not my choice laaaa..

maslinamansor said...

aku dah reject awal2 dah gambar hantu2 nie

sYafIk-wAy said...

time ni baik tgk forum perdana ehwal islam kat tv1 . lagi bermanfaat mlm2 jumaat

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails