KUANTAN 5 Ogos - Tiga beradik dan seorang rakan mereka terbunuh selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan mewah jenis BMW di Kilometer 47.5, Jalan Temerloh-Bandar Jengka dekat sini malam tadi.Takziah kepada keluarga mangsa, dan persoalan pasti timbul apabila seorang pelajar tingkatan empat didapati memandu kereta dalam kejadian tersebut. Kalau tak silap aku, lesen memandu hanya boleh diambil bila berumur 17 tahun ke atas, yang biasanya pelajar tingkatan 5.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam itu, mangsa, Fatin Atikah Muhamed Faizal, 16, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Jengka (HJ) manakala dua adiknya, Fatin Atifah, 15, dan Muhammad Faiz Danial, 6, meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi rakan mereka yang berada di tempat duduk belakang kereta Perodua Kancil, Muhammad Azlan Abdul Talib, 21, turut meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shabudin berkata, seorang lagi rakan mereka dalam kereta itu, Shawal Ruddin Hambali, 19, mengalami cedera parah selepas patah paha kirinya.
Kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu Fatin Atikah,16, yang merupakan pelajar tingkatan empat dari arah Temerloh bertembung dengan kereta Nor Fazidah yang dipercayai memasuki laluan bertentangan
Berumur 16 tahun, ini bermakna dia belum mendapat lesen memandu yang sah. Dan merujuk laporan akhbar di atas, mangsa membawa 4 orang penumpang lain dalam kereta kancil tersebut, dimana dua daripadanya berusia 19 dan 21 tahun (biasanya sudah memiliki lesen yang sah pada umur ini). Walaubagaimanapun daripada laporan, kereta BMW yang satu lagi didapati memasuki laluan bertentangan dan melanggar kereta yang dipandu Fatin Atikah.
Kita semua sedia maklum, malang tidak berbau, dan tidak mengira usia sesiapa. Jadi teruskan berhati-hati ketika memandu. Turn signal jangan lupa. Itu satu ciptaan yang sangat penting dalam sebuah kereta. Rugi beli kereta mahal-mahal kalau tak pandai guna signal.
Satu lagi pesanan memandangkan musim balik kampung tak lama lagi, walaupun memandu kereta mewah berkuasa tinggi, itu tidak bermakna korang boleh memotong ikut suka dan membahayakan nyawa orang lain. Kita semua bayar road tax, jadi sama-sama lah berkongsi jalanraya dan memandu dengan berhemah.
3 feedbacks:
Subhanallah, dasyatnya.
4 orang meninggal.
salam..
innalillah....
moga Allah tempatkan mereka
di sisi orang yang soleh..
Al-fatihah..
Al-Fatihah kepada keluarga meraka.
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan