Setiap kali aku nak click button refresh, atau pun back, atau pun home..mesti kena hover atas kepala brader ini. Kalau senyap tak mengapa, setiap kali hover keluar bunyi "Merdeka". Damn it's repetitive, dan agak terkejut kalau tengah browse dengan kadar volume yang tinggi.
Sebelum ini dah kena masa musim World Cup. Ada Brader yang terkinja-kinja beraksi kat tepi header Utusan tu buat volley bagai. Nasib baik tak keluar bunyi vuvuzela kuat gila.
Bukan tak suka dengar laungan "Merdeka". Tapi aku rasa patut reposition balik watak brader tu, atau pun make it sound once every page load. Takkan setiap kali hover nak menjerit "Merdeka, Merdeka". Letih lah pakcik tu, telinga aku pun letih juga nak dengar.
Setuju? Tak setuju takpa. Apa-apa pun, Selamat Hari Merdeka!
4 feedbacks:
adei .. ngan katun ker ??
adei... ingat sape tadi!
yezza..brader katun tu ler.
hikhikhik
jap nak p check.
hehe
hahaha~
annoying bila volume kuat~
haish~
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan