Salam 1Malaysia.
Aku mengandaikan ada orang tanya kenapa aku tak lekatkan bendera Malaysia di kereta. Basicly aku lebih suka kibarkan bendera di rumah, di Gunung Fuji (boleh check salam perantauan tahun 2003 kalau tak silap), atau di pejabat. Tapi aku belum pernah lekat bendera kecil di kereta. (sejak memandu sendiri)

Salah satu alasan yang boleh difikirkan :
exibit A : Fuel price increase. Ini point utama
Pemasangan bendera di depan windshield kereta boleh mengurangkan tahap aerodinamik kereta tersebut. Ini secara tidak lansung memberi kesan kepada penggunaan minyak sebab rintangan angin. Jadi untuk mengelakkan pembaziran minyak, elakkan menampal bendera di windshield kereta.
exibit B : Ujian rintangan angin
Okay, alasan pertama mungkin tidak berapa kukuh. Tetapi ada satu lagi alasan yang sedikit membahayakan nyawa orang lain. Aku antara pengguna tegar lebuhraya. Pergi kerja, balik kerja, pergi shopping kena lalu lebuhraya. Jadi atas lebuhraya kena pandu laju. Dan bila pandu laju, bendera kecil itu ada potensi untuk tertanggal. Dan pernah ada kes tertanggal. Ini tak tipu. Kemana tiang plastik itu melayang, aku tak tahu. Tapi buatnya menusuk penunggang motosikal, tak ke jadi kes naya tu?
Secara serius, memang sambutan bulan kemerdekaan tahun ini sedikit hambar berbanding tahun lalu. Mungkin sebab ia jatuh dalam penghujung bulan Ramadan. Atau mungkin ramai menggunakan alasan yang sama? Hehh

Hujan Emas di Jepun, Hujan Batu di Malaysia, Tapi aku tetap suka Malaysia
2 feedbacks:
Sha terhengen nak p Jepun Dx
good info. pernah gua nampak satu cab ni kiri kanan depan belakang pi letak bendera yang kena pasang kat tiang. bayangkanlah. dah macam apa dah gua tengok. risau je rasa.
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan