Bahagian depan nampak lain, sudah ada trademark misai macam Persona
Nampaknya paip ekzos sudah di tegakkan
Body tidak banyak berubah, typical mid-life facelift procedure
Hari ini di laman web automotif kegemaran rakyat Malaysia iaitu Paultan.org, ada terpampang gambar-gambar dari peminat automotif bernama Victor yang dikatakan spyshot model PROTON Saga Facelift. Ini barulah spyshot berhemah, sebab di atas jalan raya umum. Seperti biasa, bila ada entri tentang PROTON, bukan main kreatif lagi komen-komen yang muncul.
Nampak daripada gambar-gambar itu bahagian depan dan belakang ditampal habis, bermakna ada modifikasi di bahagian tersebut. Kalau tengok entri Model Gantian Waja tempoh hari, hanya bahagian bumper di hitamkan (lampu dibiarkan saja), tetapi secara sepintas lalu boleh lihat di gambar pertama lampu pun ditampal juga. Ini bermakna bahagian depan ditukar. Sama juga pada bahagian belakang kereta tersebut. Oh, perasan tak side mirror pun sudah tukar??
Jadi apakah kita akan lihat perubahan besar pada model Saga Facelift nanti? Hmm agaknya bila akan dilancarkan ya?
p/s : makin rancak PROTON selepas ulang-tahun ke-25nya. Mentang-mentang Tahun Harimau ek..mengaum kuat yer
SOURCE : Paultan.org
2 feedbacks:
bleh tgk jer laa. nak beli tak bebaloi coz dah ada kereta
terpaksa tunggu 'kibas' aka kereta suami aku habis bayar dulu baru leh ushar kerata lain... huhuhu
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan