Cerita tentang kuih waktu dah Azan Subuh. Nice
Sebelum ini aku ada mention nak cerita juadah berbuka kegemaran aku. Nafsu makan aku dah berkurangan sejak berkahwin. Kalau masa bujang dulu, memang melantak tak tentu fasal. Ending up membazir makanan yang beli kat param (pasar ramadhan) tu. Kalau dulu, segala ayam percik, roti jon, kebab dan etc semua nak beli. Kelakar juga bila ingat balik zaman-zaman itu. Kononnya beli banyak waktu berbuka nak buat bersahur sekali, tapi bila sampai waktu sahur dah tak lalu pula tengok lauk/kuih berbuka.
Jadi sejak dua menjak ini, aku lebih mengawal nafsu membeli. Tapi setiap tahun, kuih yang menjadi pilihan aku adalah "Tepung Pelita". Kuih ini aku boleh makan setiap kali waktu berbuka tanpa jemu. Pernah dua tahun lepas, setiap kali bila berbuka di rumah (kalau tak ada jemputan berbuka luar) aku pasti beli kuih tepung pelita dari satu gerai favourite aku. Tak cari kat gerai lain woo.
Tahun ini pun, tujuan aku ke param adalah satu. Untuk cari kuih tepung pelita. Kuih feberet sepanjang zaman aku. Gambar ini pun diambil sebelum berbuka 1 Ramadhan kelmarin. Hampir-hampir sold out, dan aku nyaris hampa. Biasanya jual 5 RM2. Dan kebiasaannya aku sentap 4 dan 1 untuk wife aku. Tapi kalau tersalah pilih gerai mesti si penjual tu konfius walaupun dia cakap tepung pelita, tetapi actually it's kuih tako, yang berisi sengkuang tu. Dan kekecewaan terasa bila situasi ini berlaku.
Kuih keria pula idaman wife aku. Tapi aku pun makan juga (semua pun aku makan!). Cuma sukar nak mencari gerai yang jual kuih keria yang mantap. Ada yang gula terlebih, ada yang keras sangat, ada yang besar sangat pun ada. Nak buat misi mencari gerai yang best, malangnya masa tak mengizinkan. Mungkin waktu weekend je boleh cari param yang besar-besar macam dekat Stadium Shah Alam tu.
Korang pula suka kuih macam mana waktu berbuka?
12 feedbacks:
hehehe~
ku tak kira, kuih pelita ke, tako ke semua ku tibai~
oh, kuih keria aku paling suka yang Mak buat~
sebab lebih banyak keledek daripada tepung~
yang kedai selalu banyak tepung je~\\sob2~
janji ada lebih gula :D
Zara..Tepung Pelita jugak! Tako kurang sket la. Tapi makan juga. Home made kuih keria semestinya lebih best!
Luth, hehe kurangkan gula :P
bnyknye kuih kau makan bulan puasa nih..
knapa xsuruh wife kau jer buat.
banyak? dua jenis je pun.
aku mana ada makan kuih2 lain.
nak suruh buat macamana, kelengkapan pun takda. haha
Kawe suko kuih akok jah..
vote for tepung pelita & kuih tako
dua2 sedap dan ada rasa yang tersendiri. cewahhh
Aku suka murtabak.... kuih2 jarang...
kuih akok takde jual pulak kat area rumah aku..hehe
Hazzy, of course masing-masing ada rasa lain..hehe
Maslinamansor, murtabak pun best juga
tepung gomak??
I see.. da kawen rupanya! Bila berbuka, Sha tak cenderung ke arah kuih muih.. Sha pikiaq ayaq sejuk saja! x333 Kuih Keria..? Bukan cok keria ka? (:
Cok Keria tu sebutan orang utagha :)
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan