ihsan carian google |
1Malaysia Menjana Transformasi, itulah motto sambutan kemerdekaan ke-53 tahun ini. Kali ini perarakan sambutan peringkat kebangsaan diadakan buat pertama kali dalam stadium tertutup di Bukit Jalil. Eloklah dalam bulan ramadan ini, tidaklah berpanas di Dataran Merdeka dan sebagainya. Aku sempat tonton di TV pagi tadi. Memang mengkagumkan. Aku "salute" dengan persembahan menarik semua yang terlibat. Mungkin lebih hebat kalau dapat bersama menghadirkan diri di stadium itu. Peluang menarik bagi peminat fotografi macam aku. For sure dapat merakam banyak foto-foto yang menarik dan berwarna-warni.
Walaupun di ambang sambutan kemerdekaan ini kita dihidangkan dengan anasir-anasir jahat yang cuba menggugat keharmonian Malaysia, namun tidak memberi kesan kepada semangat yang sudah sedia ada dalam diri rakyat Malaysia.
Harapan aku ialah melihat Malaysia lebih matured dari segi politiknya, ekonomi, keselamatan dan pembangunan. Ahli-ahli politik tak kira kerajaan atau pembangkang sepatutnya fokus kepada pembangunan bukan isu-isu remeh. Kalau hari-hari kerja mengutuk orang dalam ceramah, bila masa nak berkhidmat untuk rakyat? Sepatutnya mereka berdebat tentang kerja, bukan tentang masalah peribadi. Bila dah fokus tentang kerja, barulah boleh lihat pembangunan yang ketara.
Semoga 1Malaysia benar-benar menjana transformasi kepada kita semua. Selamat Hari Merdeka!
1 feedbacks:
tiba2 rasa nak menyanyi lagu 1 Malaysia~
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan