Tayang, jangan tak tayang..duit tu wehh!
Salam 1Khamis. Malam ini malam Jumaat. Minggu depan kita bakal menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak. Ramai menjangka 11hb akan bermula bulan puasa. Walaupun puasa belum mula, dah ramai sibuk nak fikir pasal Raya. Ish ish tak elok tu.
Dan ini aku dapat dari kawan-kawan di FB. Cara-cara mudah untuk menjana duit lebih, orang kata "duit raya" lah. Tapi sebelum mencuba, pastikan anda tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana teknik ini belum tentu menjamin kesejahteraan anda. Biasalah, bila dah kaya nanti banyak masalah akan datang. Bak kata Spiderman "with great powers come great responsibility". Eh sama ke tu?
Balik kepada cerita duit, kalau tengok SOP (procedure) nak buat duit cara ini macam mudah sangat. Adik jiran sebelah rumah kawan aku pun boleh buat. Kalau betul, memang takkan ada rakyat miskin di Malaysia ini. Nak tahu lebih lanjhut? Apa yang lanjhutt?? (ah sudah! 2 kali macam Johan Raja Lawak)
CRAP!
Agak-agaklah. Kalau login dapat RM100, ini logout dapat RM1,000,000??? Gampang betul sapa buat iklan lawak ni. Pedas seh. Sapa yang dok promote login RM100 tu, sedar la sikit. Duit tak datang mudah. Apa desperate sangat ke nak menipu orang?
4 feedbacks:
da dua kali hang buat entri pesen macam neh.. ehehehe
haha tengah tensen keje ni..kekeke
kalau la duit leh buat cam tue jer...
tak yah keja, goyang kaki dok rumah jer...
ha. tercapai jugak niat gua nak ber-X6 tanpa usaha.
tsk tsk tsk.
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan